Kesesakan teruk berlaku jika BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka

on Friday, April 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng menggesa penganjur supaya membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana didakwa menjejas hak rakyat Malaysia yang lain.

Chiew juga menggesa gabungan Himpunan Hijau untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada hari itu.Chiew memberi amaran bahawa perhimpunan itu akan menjejaskan aliran trafik dan memberi masalah kepada penduduk kota Kuala Lumpur.Dalam satu kenyataan semalam, Chiew berkata perarakan itu tidak perlu diadakan sekiranya penganjur bertegas untuk berhimpun.“


Tiada masalah akan timbul jika ada kompromi dalam soal lokasi, jadi mengapa mereka terus timbulkan perkara ini?

"Chiew berkata penganjur perhimpunan tersebut, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) perlu memfokuskan kepada pilihan raya bersih dan adil, dan bukannya untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.Katanya lagi, Dataran Merdeka tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan kerana tidak disenaraikan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Malah, dataran di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur itu juga signifikan dari segi sejarah, katanya lagi.

Beliau turut mengesyaki bahawa perhimpunan itu akan digunakan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pentas politik dan juga untuk meraih undi dalam pilihan raya akan datang-


Posted using BlogPress from my iPad



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.