Tun Mahathir kantoikan Anwar pasal PTPTN

on Sunday, April 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma... Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,” kata Dr. Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.