Agen perisik terhebat AS tersungkur di kaki pelacur Colombia ?

on Friday, April 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

MEREKA telah disaring penuh teliti, malah ahli keluarga mereka juga ditemuramah terlebih dulu sebelum mereka diambil bekerja. Mereka memegang rahsia sulit berhubung soal keselamatan, dilatih menggunakan senjata dan berada hanya beberapa inci daripada pemimpin di negara paling berkuasa di dunia.




Ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) juga menjalani latihan sejak hari pertama bekerja untuk memastikan kejujuran, kebijaksanaan dan moral mereka berada pada tahap tertinggi. Bagaimanapun, imej kendiri, dedikasi dan keberanian ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia termasuk menggadaikan nyawa untuk presiden serta keluarganya serta pegawai-pegawai tertinggi AS itu hampir musnah dalam sekelip mata.

 Lebih mengejutkan, ia berpunca daripada seorang wanita. Semuanya bermula sehari sebelum kehadiran Presiden AS, Barrack Obama pada Sidang Kemuncak Benua Amerika yang berlangsung di Cartagena, Columbia pertengahan bulan lalu.

 Ketika itu, berlaku pertengkaran antara Dania Suarez, 24, dengan salah seorang ejen Perkhidmatan Rahsia di lobi Hotel Caribe yang bertaraf lima bintang. Dalam satu temuramah di Colombia, Suarez berkata, mereka berdua bertengkar kerana lelaki itu hanya membayar sebanyak RM90 bagi perkhidmatan seks yang diberikan.




Lalu, keadaan menjadi tegang sehingga pihak polis tempatan terpaksa campur tangan. Ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan berusia sembilan tahun itu berkata, dia sepatutnya dibayar sebanyak RM2,400. Faktor keselamatan Beberapa hari kemudian, Suarez memberitahu, kejadian itu telah tersebar di dalam akhbar. Apa yang lebih memeranjatkan, lelaki yang ditemuinya itu merupakan ejen Perkhidmatan Rahsia. "Saya sangat takut," katanya sambil menambah dia tidak mahu lelaki itu disoal siasat atau menerima hukuman, lapor akhbar Times.

 "Kejadian ini sangat besar. Ia melibatkan kerajaan AS. Saya dihantui kebimbangan. Saya menangis sepanjang masa," katanya meluahkan kebimbangan. Suarez dilaporkan telah meninggalkan bandar itu atas faktor keselamatan sebaik sahaja identiti dan wajahnya tersiar di media masa.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.