RM 3.2 juta wang rakyat telah dibazirkan Guan Eng ?

on Saturday, April 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini sifat hakiki regim DAP . Dulu mereka sering  menuduh BN membazir wang rakyat semasa memerintah dulu di P.Pinang ,tapi hari  ini Guan Eng sendiri yang selalu menjerit kerajaan Pakatan berjaya  jimatkan  wang rakyat .

CAKAP TAK SERUPA BIKIN BETUL APEK NI ........



Gerakan hari ini membidas kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Tindakan itu dianggap membazir kerana ia dikatakan masih belum diluluskan sedangkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam.

 Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk orang ramai terlebih dahulu mengenai pelan tersebut dan menunggu kelulusan sebelum melantik mana-mana perunding. “Kerajaan negeri sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat bagi pembinaan terowong dasar laut.

 “Sepatutnya mereka mendapatkan pandangan orang ramai mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sehingga diluluskan terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pelan tersebut dipamerkan di tempat awam mulai Isnin lalu sehingga 28 April ini bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.