Ramai puji rekabentuk Proton Preve , 2800 sudah ditempah

on Tuesday, April 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PROTON Holdings Bhd, yang melancarkan model global pertama Proton Prev baru-baru ini sudah menerima 2,800 tempahan dan kini bersedia untuk memasarkan kereta itu di Indonesia dan Thailand pada pertengahan tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan amat menggalakkan dan pihaknya merekodkan tempahan sebanyak 2,800 unit.

“Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prev dapat menembusi pasaran domestik dan InsyaAllah ia akan berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada pelancaran bilik pameran baru Proton di Jalan Ampang, kelmarin.

 “Kami akan mulakan dengan Indonesia dan Thailand dan menjelang akhir tahun kami akan memasarkannya di Australia pula. Inilah strategi kami dalam memastikan ia dipasarkan di Malaysia sebelum ke luar negara,” katanya. Syed Zainal yakin Proton dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 4,000 unit Proton Prev.

 “Saya yakin kami dapat mencapai sasaran itu. Namun, kami mesti mendapat kerjasama daripada institusi kewangan bagi memberi pinjaman kepada mereka yang mahu membeli kereta. Setakat ini, kami memperoleh kerjasama daripada institusi kewangan untuk tujuan itu,” katanya. Syed Zainal juga berkata kira-kira RM2.5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf bilik pameran Jalan Ampang kepada bilik pameran platinum.

Reka bentuk moden bilik pameran itu dengan muka bangunan menyerong dan dinding tanpa cermin, sinonim dengan gaya baru bilik pameran Platinum Proton di Mutiara Damansara. Beliau berkata bilik pameran itu penting memandangkan ia terletak berdekatan kebanyakan kedutaan dan oleh itu ia mesti berkualiti dan mencerminkan ciri-ciri Proton. Beliau juga berkata ubah suai bilik pameran itu adalah sebahagian pelan penyepaduan Proton yang diputuskan dua hingga tiga tahun lalu bagi memastikan kepuasan pelanggan. - Bernama


2 Responses

  1. KHai says:

    Reka bentuk bahagian hadapan seakan model dari Kereta Honda Civic 2012... Memang menarik... :)

    http://kedaiebooksmalaysia.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.