Taktik China Doll untuk tinggal lama di Malaysia dibongkarkan !

on Wednesday, April 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Wanita warga China yang masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), tukang urut ataupun menjalankan aktiviti pelacuran, kini semakin bijak dan tidak lagi menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini, sebaliknya mereka mendapatkan pas jangka panjang melalui perkahwinan dengan lelaki tempatan.


Taktik berkenaan dikesan pihak imigresen dalam Ops 6P di beberapa pusat refleksologi dalam pusat beli-belah di Bandar Baru Sri Petaling, di sini, malam kelmarin.



Serbuan yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki dan 13 wanita warga China termasuk empat daripadanya pemegang pas lawatan sosial jangka panjang.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata hasil pemeriksaan di beberapa pusat urut terbabit, pihaknya mendapati semua yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sebagai pelancong dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Kita juga mengesan empat daripada wanita terbabit yang mempunyai pas lawatan sosial jangka panjang (isteri kepada warga tempatan) dan mereka turut kami tahan kerana melanggar syarat pas yang tidak membolehkan mereka bekerja.

“Pihak imigresen mengesyaki keempat-empat wanita terbabit hanya menggunakan pas berkenaan bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini iaitu untuk tempoh lima tahun. Kita akan siasat perkara ini termasuk mengesan suami wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, perkara terbabit bukannya baru dan berdasarkan rekod serta beberapa tangkapan sebelum ini, siasatan mendapati kebanyakan wanita asing terutamanya warga China mendapatkan pas jangka panjang itu bertujuan untuk bekerja Malaysia.

Katanya, semua mereka kini ditahan selama 14 hari dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963.

“Dalam Program 6P di peringkat ke-5 ini iaitu penguatkuasaan, kita akan menjalankan pemeriksaan di empat daerah iaitu Brickfields, Dang Wangi, Cheras dan Sentul bersama-sama dengan agensi lain untuk menangkap warga asing yang berada di negara ini selepas tempoh pengampunan dan pemutihan berakhir 10 April lalu.

“Sejak tempoh berkenaan tamat, kita sudah menahan 399 warga asing dan tindakan ini akan dijalankan secara berterusan termasuk operasi bersepadu pada setiap minggu,” katanya


One Response

  1. Unknown says:

    Terbaekkkk.... Bongkar lagi cara dap bawak masuk bangsa diorang. Mungkin ada yg dah diserap menjadi warga negara dengan pertukaran ic bila kematian warganegara malaysia disorok dan ic mereka diserah kpd china doll ni. Musykil bila masih ramai remaja cina tak boleh cakap melayu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.