Muhyiddin londehkan pembohongan Guan Eng terhadap rakyat PP

on Thursday, April 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment








Selepas DS Najib Tun Razak tibai ketua regim DAP ini di Nibong Tebal hujung minggu lalu , kini giliran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pulak londehkan pulak pembohongan Ketua Menteri yang kuat bohong in.

Muhyiddin mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, membuktikan dakwaan kononnya beliau membangunkan negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang. Katanya, dakwaan Lim kononnya membawa pelaburan asing adalah satu pembohongan kerana usaha membawa pelabur asing tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sumbangan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa serta agensi-agensinya.


"Dia (Lim) kata selepas sebulan menjadi Ketua Menteri sudah membawa sejumlah pelaburan yang besar, jadi saya mahu beliau buktikan dakwaan itu kerana semua itu adalah hasil Kerajaan Pusat dan kerajaan terdahulu."

Apa yang ada sekarang ini di Pulau Pinang juga adalah sumbangan kerajaan terdahulu, kita juga mahu tahu apa yang beliau telah sumbangkan terutama dalam membantu kos sara hidup rakyat di negeri ini yang semakin meningkat," katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini. Turut sama pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; dan pemimpin komponen parti BN.

Muhyiddin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya "menengek" dengan apa yang diusahakan dan dilaksanakan di negeri ini. "Beliau 'menengek' sahaja, buat sikit-sikit sahaja, oklah kerana semua sudah ada," katanya.


Katanya, Kerajaan Pusat sudah memberi sumbangan kepada rakyat Pulau Pinang lebih daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri. "Kalau kerajaan negeri beri RM100, kita sudah beri lebih daripada itu," katanya. Sehubungan itu, beliau mengesa rakyat Pulau Pinang untuk melihat masa depan yang lebih baik dan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau meminta pengundi kawasan Parlimen Bayan Baru mengembalikan kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu kepada BN demi kebaikan dan masa depan mereka.


- Posted using BlogPress from my iPad


One Response

  1. Unknown says:

    LGE bising je lebih, isi tarak!!

    AMBIGA MENGAKU PENGIKUTNYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.