..

..

Gadis Melayu P.Pinang seronok kahwin anak VVIP Australia di gereja !!

on Friday, April 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.

Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.

Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.

Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.

Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.

Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.

“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.

Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.

kisah mereka boleh dilayari di sini -> http://www.news.com.au/national/nicholas-rudd-marries-zara-shafruddin-at-st-james-church-in-sydney/story-e6frfkvr-1226326755787

sumber : mynews hub


Komen GPB 

Puak-puak Kristianisasi yang dok murtadkan orang Islam sekarang ini   mahu Malaysia macam ini lah ... hak kebebasan  mutlak hingga gadis Melayu Muslim pun  boleh kahwin lelaki kristian  di gereja .

Gadis Melayu  bernama Zara ini memang sudah tentu sah  murtad kerana berkahwin dengan lelaki Kristian mengikut agama nya  .  Sekarang in perkahwinan seperti ini tak dibenarkan di Malaysia  dan itu yang mereka nak cuba hapuskan dulu menerusi tuntutan IFC .

Orang PAS terutama Dr Rani yang anggap murtad tak penting adakah akan sokong perbuatan ini ??


bapa mertua Zara beragama Kristian ...




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.