Tahniah ! Akhirnya syarikat telco Bumiputra ditubuhkan di Malaysia ...

on Monday, April 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara.

Clixster di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) telah diluluskan semasa persidangan tahunan Angkasa ke-27, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, bagi merealisasi hasrat itu, pelbagai strategi diatur bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

“Buat permulaan, Clixster menyasarkan pengguna percubaan menerusi ahli Angkasa yang mempunyai 8.4 juta ahli di seluruh negara,” katanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kira-kira 60,000 pek permulaan Clixster akan dipasarkan di Terengganu yang diletakkan di kedai serbaneka T’Shoppe.

Katanya, Clixster, yang menggunakan perkhidmatan kad prabayar, dijangka dilancarkan sebelum persidangan Tahunan Angkasa yang ke-28 pada Mei ini.

Beliau memberi jaminan perkhidmatan yang diperkenal itu lebih mudah berbanding telco lain dan mendapat liputan menyeluruh, namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    syarikat melayu tipu melayu ni. gaji perkerja dah 3 bulan tak bayar.

  2. Anonymous says:

    PUI, celaka punya kompeni. Bela Melayu konon. gaji pekerja, duit dealer bumiputera suma tak bayar lagi sampai sekarang.Azlan Khamis dan Megat Radzman makan duit pelabur dan hilangkan diri.Sembang kencang, habuk pun tarak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.