..

..

Silsilah Najib Razak dari kesultanan Raja Gowa ...

on Friday, April 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments

Benarkah  DS Najib ini ada 'daulat' seorang Raja ??

DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.



Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).

Tapi Karaeng Aji tidak mau ribut, maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelar Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana.

Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang sukses dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.



Dalam sambutannya lawatan DS Najib ke Sulawesi Selatan, dihalaman Rumah Jabatan Bupati Gowa, DS Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Menegaskan dirinya sebagai Putera Gowa :


" Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya Balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Tahta Raja Gowa, Melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus....,Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi lamanya".



DS Najib mengunjungi Gowa untuk berziarah ke makam leluhurnya di Kompleks Pemakaman Raja Gowa, di Desa Palantikang, Gowa.

Puluhan pasukan berkuda serta 30 orang paganrang bulo (penari gendang) dari Kerajaan Gowa menyambut kedatangan PM Malaysia ke Gowa. Perdana Menteri Malaysia yang mendapat julukan I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini diterima dengan adat Kerajaan Gowa di perbatasan Sungguminasa-Makassar.



Di Pahang, Raja Gowa Najib ini menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. DS Najib adalah dari keturunan Orang Kaya Indera Syahbandar iaitu Orang Besar Berempat Pahang yang kini disandang oleh beliau.

Perdana Menteri Malaysia Keturunan Raja Gowa

Komen GPB 

Inilah hebatnya  rumpun Malay Archipelago ...suku kaum di rumpun ini memang suka  berhijrah ke satu tempat . Kalau tak  tak ramai la Raja di beberapa negeri   seperti yang berlaku sekarang  di Malaysia .

Begitu juga DS Najib berdarah Bugis  datang jauh nun dari Sulawesi .  Kita bertuah mempunyai seorang lagi PM berasal  dari silsilah keturuan Raja . Semoga beliau dapat pertahankan Kota kerajaan Melayu Putrajaya dari tangan Anuwar Israel dan koncon-konconya .


14 Responses

  1. Anonymous says:

    walaupun terpisah sempadan negara tetapi ikatan kekeluargaan melayu tetap utuh

  2. Anonymous says:

    Laa ... najib keturunan raja ke ... PEH CUN!@!

  3. Anonymous says:

    siapa kata org MELAYU x boleh jd PM???? Najib org bugis, Mahathir org mamak bermkna org CINA pun blh jadi PM? x gitu?

  4. rie says:

    kepada
    Anonymous says:
    January 22, 2013 at 8:26 AM

    Bodohnyer kau..biarlah Bugis ,melayu,mamak Muslim jadi PM..aku taknak duduk bawah kapir....

  5. Anonymous says:

    Aku x kisah kalo org cina jd pm, asalkan dia beragama islam sepenuhnya. Jangan islam pada nama saja.

  6. Anonymous says:

    bukan org bugis bos, tapi orang gowa... I NAI REWA !!!!

  7. Anonymous says:

    Haha

  8. nia lisa says:

    Bodoh kau..gowa itu nama daerah,bugis itu nama suku..najib darah bugis+makassar dari gowa..juga ada darah bima dan melayu..

  9. Anonymous says:

    gowa-tallo adalah kerajaan makassar

  10. rilek der..tu pun nak gado ke? ...gowa tu nama tempat, betul la tu...banyak suku kaum, najib tu keturunan bugis makassar, tu yg betulnyer adoi kecoh la der..hahaha

  11. itu pun nak kusut hahaha

  12. orang bugis la ngokk hahaha

  13. Anonymous says:

    Perlu memilih pemimpin Islam sejati yg tak berpakat dengan kafir harbi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.