Panglima ATM berang kenyataan hasutan & fitnah oleh Nizar

on Friday, April 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tak habis-habis boneka komunis DAP iaitu   Nizar Jamaluddin melatah dan meroyan semenjak hilang kuasa setelah 11 bulan jadi Menteri Besar PAS,Perak.

Terbaru beliau   main sedap mulut tuduh di ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan kononya penglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) marah pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak setuju beliau meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

 Nizar mendakwa Perdana Menteri membuat permintaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera. Hari ini pihak ATM telah bersuara dan cukup berang sekali dengan dakwaan fitnah berkenaan .


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan. 


 Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM. 


 Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.


One Response

  1. Anonymous says:

    hairan sungguh dengan keadaan sekarang ni, dah terlalu banyak berita berita sensasi yang dilaporkan. sekiranya berita yang dilaporkan itu tak betul, kenapa pula tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah si pelapor tu? kalau dibiarkan ianya berlarutan, masyarakat akan lama kelamaan termakan juga akan cerita itu. lebih lebih lagi kalau cerita itu diulang selalu. rasanya penafian bukan jalan keluar kerana lebih ramai lagi akan keluar dengan berita berita yang ikut sedap dan memainkan sentimen masyarakat. lebih baik cegah sebelum parah kerana PRU13 is just round the corner.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.