Pakatan guna akhbar Utusan untuk edar Harakah & Selangorkini ?

on Monday, April 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pakatan di Selangor semakin terdesak tagih undi Melayu ..haha

Dulu mereka boikot akhbar ini malah ada sampai membakarnya , tapi hari ini mereka meletakkan akhbar fitnah dan haprak  mereka dalam Utusan Malaysia & Mingguan Malaysia bila dijual kepada orang ramai .

Mengapa akhbar ini jadi sasaran ? Sebabnya menjadi bahan bacaaan utama orang Melayu. Selangorkini dan kitab utama orang PAS sapa  nak baca .. yang bacanya hanya penjilat2 tegar Pakatan saja .

Memalukan betul ..dulu depa kutuk dan hina Utusan , hari ini jilat balik ..kah kah kah ...




SEJAK kebelakangan ini, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi sasaran pihak-pihak tertentu memasukkan lidah rasmi Pas, Harakah dan Selangor Kini terbitan kerajaan Selangor sebagai sisipan untuk diedarkan kepada pembaca.

Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ingin menjelaskan bahawa kami tidak bertanggugjawab terhadap pengedaran akhbar berkenaan melalui Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Kami kesal dengan tindakan yang dianggap sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bagi menjatuhkan imej akhbar arus perdana ini.

Sebagai akhbar yang diharamkan penjualannya di semua premis jabatan atau agensi kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, Utusan tidak akan membenarkan sama sekali akhbar yang didokong oleh DAP, Pas, PKR itu menjadi ‘sisipan’ Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Untuk makluman pembaca, tindakan tidak bertanggungjawab ini pernah berlaku tahun lalu tetapi Jabatan Pemasaran telah memberi amaran kepada semua pengedar akhbar yang disyaki terlibat.

Bagaimanapun akhir-akhir ini, perkara yang sama berulang terutama di sekitar Lembah Klang termasuklah Hulu Langat, Wangsa Maju, Shah Alam dan Chow Kit.

Jabatan Pemasaran Utusan akan terus memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis. Utusan juga akan menamatkan urusniaga dengan mana-mana agen atau pengedar yang terlibat dalam tindakan yang tidak beretika ini.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan ‘pencerobohan’ terhadap akhbar ini bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran di Bangi atau Pengurus Pemasaran Wilayah, Rosman Zulkifli melalui telefon 0177771443.

- Pengarang


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.