Hassan Ali balun Guan Eng yang perlekehkan umat Islam negeri ini ..

on Sunday, April 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali terus melakukan sessi jelajah beliau di seluruh Negara lantas menyeru umat Islam di Negara ini tidak mengundi PKR, DAP dan golongan yang beliau kategorikan sebagai Parasit PAS.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah menyertai Ceramah di sini malam tadi menyeru kesemua umat Islam di Pulau Pinang menggunakan platform pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang untuk melindungi Islam Melayu dan Raja (IMR) yang menjadi kempen seharian beliau menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya baru-baru ini,

Beliau turut menyeru kesemua pengundi di Negeri tersebut yang beragama Islam agar menolak ketiga-tiga golongan dari Gabungan Pakatan yang beliau sebutkan kerana bakal menjadi penghalang perlindungan IMR.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut mengecam beberapa tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dakwanya memperkecilkan masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang dengan membuat beberapa keputusan yang tidak menggambarkan ciri-ciri yang beliau perkatakan kepimpinan Umar Ibnu Abdul Aziz.

Hasan Ali yang turut mengulangi pendirian berkaitan Video Murtad yang beliau paparkan kepada beberapa wartawan sebelum ini juga berkata tidak menghadari sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan tetapi beliau yakin pendedahan beliau tetap diperlekeh golongan yang beliau sebutkan sebagai Parasit PAS.


Golongan ini kata beliau bakal menggagalkan usaha beliau yang kini terbukti menerusi pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Khas yang bakal memantau dan mengawal pergerakan JAIS dan MAIS baru-baru ini ADUN Gombak Setia itu merujuk kepada perlantikan salah seorang Ahli Jawatankuasa Khas tersebut yang kini menjadi serangannya sebagai Parasit Parti iaitu Dr. Rani Othman.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman mempertikai pendedahan Hasan Ali yang tidak bertanggungjawab kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai platform sebenar dalam menyiarkan bukti berkenaan. Beliau turut menyifatkan apa yang diperlakukan Hasan Ali adalah sebagai satu strategi menakut-nakutkan pengundi Islam terhadap kepimpinan Pakatan di Negeri Selangor. KLPOS


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.