PREVE , kereta transformasi Proton dapat pujian pemandu F1 !

on Tuesday, April 17, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Sebentar tadi baru dilancarkan Proton Preve oleh PM DS Najib Tun Razak yang ditayangkan secara live oleh RTM 1 .  GPB sebagai rakyat Malaysia bangga sekali dengan pencapaian Proton yang mengeluarkan kereta global  hingga mendapat pujian daripada bekas pemandu F1 Jean Alesi yang menguji prestasi kereta ini .

GPB kini sudah memiliki kereta jenama Proton ...Insyallah  mungkin selepas ini bertukar pulak kepada Preve Executive CVT !


Nama Proton Preve 

-Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”

-Asalannya, sebutan nama Preve, ialah “preev” Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.

Harga Proton Preve 2012

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan) RM 59,990.00 / Metallic (OTR) RM 59,540.00 / Solid (OTR)


2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan) RM 62,990.00 / Metallic (OTR) RM 62,540.00 / Solid (OTR)


3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan) RM 72,990.00 / Metallic (OTR) RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012

Proton Preve 2012 diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City.

Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah : 4 beg udara ‘paddle shifter’ butang penghidup enjin transmisi CVT enjin lebih berkuasa sistem suspensi belakang jenis multilink teknologi ‘ride and handling’ Dan lain-lain lagi…


One Response

  1. boy says:

    Waw... Kereta malaysia yang kualiti safety terbaik dengan harga yang agak ok... Tapi, kalau RM59k tu, tak de accessories la ye... Yang 4G tu? Ade ke tak yer?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.