Pondan muda di Thailand nak jadi ahli politik ?

on Friday, April 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BANGKOK: Seorang pondan mendapat tumpuan ramai di Thailand apabila mencatat sejarah sebagai orang yang pertama di kalangan golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai calon pilihan raya Wilayah Pentadbiran Nan.

 “Saya yakin pengalaman dan kemampuan saya akan berguna dalam pembangunan wilayah Nan,” kata Yonlada ‘Kirkkong’ Suanyos, 30, kelmarin. Walaupun dianggap sebagai muka baru dalam politik, Yonlada, sudah terkenal sebagai presiden Persatuan Wanita Trans Thailand. Sejak beberapa tahun lalu, Yonlada berkempen supaya diberi hak untuk berpolitik.

Selain itu dia turut memiliki perniagaan barang kemas sendiri selain mengendalikan stesen televisyen satelit. Tahun lalu, Yonlada dinamakan oleh pertubuhan media sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam di kalangan masyarakat Thailand.

 “Saya percaya golongan pondan dan golongan homoseksual akan memberi sokongan kepada saya,” katanya. Selepas menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 16 tahun, Yonlada adalah wanita secara fizikalnya tetapi dokumen rasmi masih menggelarnya lelaki. Beberapa personaliti hiburan turut menyokong kempen Yonlada untuk jawatan kaunselor Nan. Penyelaras projek bagi Yayasan M Plus, Pongthorn Chalearn, berkata kehadiran Yonlada dalam pilihan raya di Nan akan meningkatkan kepelbagaian politik. “Sudah lama lelaki menguasai politik negara ini.

Yonlada mempunyai peluang baik untuk menang kerana mendapat sokongan padu di utara wilayah itu. Ibunya pernah menjadi ketua komuniti Ban Suan Tan,” katanya. Yonlada bertanding sebagai calon nombor satu di bahagian pilihan raya satu di Tambon NaiWiang. Pencabarnya ialah Pawat Sattayawong and Suchart Jitbanjong, kedua-duanya lelaki. – Agensi


** Itu yang NGO dan banyak pihak menentang LGBT , takut benda-benda macam ni jadi la ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.