Kalau ada bukti, bawa ke mahkamah - Rashid

on Friday, April 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

BUTTERWORTH 17 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menghentikan tuduhan melulu kepada mana-mana pihak berhubung dakwaan penyelewengan tanah di negeri itu, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti kukuh berhubung isu tersebut.
Bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, sekiranya mempunyai bukti sahih, kerajaan negeri boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah atau merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Dalam hal ini tidak perlulah kerajaan negeri hendak main serkap jarang atau membuat apa-apa tuduhan kepada mana-mana pihak. Kalau ada bukti, rujuklah kepada pihak berkuasa.

"Kalau mereka pandai buat kerja, perjumpaan sebegini sebenarnya tidak perlu. Sepatutnya kalau ada bukti, bawalah perkara ini ke mahkamah atau rujuk kepada BPR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini memetik kenyataan Guan Eng yang meminta Abdul Rashid memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan untuk memberi peluang kepada Abdul Rashid untuk berbuat demikian sebelum bertindak mendedahkan mengenai penyelewengan yang didakwa itu.
Abdul Rashid merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mengulas mengenainya, Abdul Rashid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan berhubung perkara itu kerana kerajaan negeri boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara itu melalui agensi atau jabatan yang berkenaan.

"Saya bukan orang suruhan yang boleh disuruh buat itu ini, kalau mahukan maklumat, mereka buatlah rujukan kepada pejabat-pejabat tanah, mereka pastinya ada menyimpan rekod-rekod berkenaan," jelasnya.
Beliau menambah, Guan Eng tidak seharusnya membuat kenyataan berbaur tuduhan secara terbuka berhubung isu tersebut kerana ia jelas memberi imej yang buruk kepada kerajaan negeri sebelum ini.


TINDAKAN BERANI RASHID YANG TIDAK GENTAR UGUTAN DAN TUDUHAN FITNAH DAP DAN BUDAK HINGUSAN FAIRUS KHAIRUDDIN .. RASHID SUDAH MENUNJUKKAN TARINGNYA ..HIDUP MELAYU !!!

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA DAN JUGA PULAU PINANG


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.