Salam,
Desas desus yang mengatakan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi semakin hangat diperkatakan. Bagi yang menyokong, itulah yang dinanti-nanti namun bagi yang tidak menyokong, hidup bakal diselubungi gerhana.
Pakatan Rakyat telah diumumkan. PKR, PAS dan DAP. 3 buah parti yang berlainan ideologi dan idealisme perjuangannya. Bila sebut pakatan, maka ada persetujuan untuk bersama dalam hal-hal yang ditentukan uuntuk bersama. PKR, PAS dan DAP masing-masing memerlukan antara satu dengan yang lain.
Anwar Ibrahim akan lambat laun juga membuat atau menerima kunjungan pembesar-pembesar negara lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Bush atau pengantinya kelak. Kita dapat bayangkan Pak Lah ketika itu akan menempelak Anwar," hang dulu kata aku kawan Bush, la ni camna? Hang dah jadi kawan dia lah la ni. Aku dulu PM mestilah ada hubungan diplomatik bukan hubungan lain. Hang tu memang kawan baik sebab ianya bukan hubungan berdasarkan diplomatik tetapi lebih kepada perhubungan peribadi. So la ni hang kena pulak dan baru hang rasa." Agaknya itulah kata Pak Lah kepada Anwar.
Ust Hadi akan cuba mendakwahkan matlamat mendirikan Negara Islam. Anwar Ibrahim pula secara terangan menolak dengan cara diplomasi ide Negara Islam ini. Maka keluarlah dari mulut Anwar istilah maqasid syariah atau tujuan daripada syariah. Maknanya yang penting ialah sesuatu yang disepakati bersama dahulu yang juga merupakan ajaran Islam seperti anti-rasuah, penyalahgunaan kuasa, keadilan dan sebagainya. Secara amnya, saya telah menyatakan dalam tulisan saya yang lepas bahawa setiap kewajipan perlukan persyaratan. Apa yang diutarakan Anwar sebenarnya boleh juga dikatakan kita belum cukup syarat untuk Negara Islam tetapi beliau menggunakan istilah maqasid syariah. Di mana letaknya nilai syariah di sini? Yang ada ialah nilai-nilai positif yang universal. Nilai syariah mesti dinyatakan dengan jelas sebelum mendakwa ianya adalah maqasid syariah.
Sebagai kesimpulan, ramai orang termasuk Anwar sendiri tidak pernah terfikir akan adanya langkah-langkah awal yang perlu dilakukan dahulu yang merupakan sebagai persyaratan untuk melaksanakan hudud misalnya. Oleh yang demikian, mereka merasa berdosa dan cuba mencari sesuatu untuk alternatif atas perkara membentuk Daulah Islamiyyah sedangkan jika mereka menyedarinya, mereka tidak perlu khuatir untuk merasakan dosa tidak mendirikan Negara Islam.Pada hakikatnya taklif belum terkena pada mereka kerana tidak cukup syarat tetapi taklif yang lain pula timbul iaitu bergerak untuk mempercukupkan persyaratan yang dikehendaki untuk sebuah negara Islam.
Maknanya, dengan Pakatan Rakyat ini, selagi DAP atau PKR tidak setuju dengan pembentukan Negara Islam, maka PAS tidak boleh membentuk sebuah Negara Islam. Tetapi saya percaya negari-negeri yang majoritinya beragama Islam, maka hudud akan dilaksanakan di sana dan tidak di negeri lain. Maka Negara Islam yang hakiki tidak terlaksana. Negara Islam yang hakiki ialah di mana Islam hanya mempunyai seorang pemimpin yang memimpin dunia yang tidak terikat dengan batasan geografi dan negara.
Salam.
Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Future Prime Minister. Di dalam website Jerusalem Post tersebut juga ada ikon yang diberi nama Iran Threat.
Saya pernah membuat posting bertajuk MEMANTAU ANWAR IBRAHIM . Saya tidak mahu menuduh Anwar sebagai agen Israel tetapi kebimbangan itu kian terasa dengan melihat perkembangan terkini ini.
Saudara, amalan sesuatu media cetak atau apa sahaja media ialah membawa aspirasi dan citra sesuatu media itu. Tidak logik jika media itu mempropaganda sesuatu yang tidak menepati selera mereka. Di dalam akhbar Israel ini, satu ruangan khas Iran threat diwujudkan untuk menggambarkan Iran sebagai suatu ancaman kepada dunia. Di satu sisi yang lain memberi ruang yang luas berkenaan Anwar Ibrahim dengan gambar (gambar di atas) yang saya belum pernah lihat di mana-mana (mungkin orang lain pernah, saya tak tahulah.) Mungkin Anwar yang kirim ke sana kot....gurau aje.
Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas, hubungan Anwar Ibrahim dengan pemimpin barat adalah hubungan peribadi jadi kita berhak untuk mencurigai apakah di sebalik perhubungan itu.
Kita lihat tokoh yang benar-benar anti-Amerika seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan Sayyid Hassan Nasrallah. Kita tidak akan pernah jumpa fakta atau berita yang mereka ini bersahabat dengan mana-mana musuh-musuh Islam sedunia. Malah, mereka dikecam secara konsisten oleh musuh-musuh Islam khususnya Amerika dan Israel. Kita pernah dengar sepotong hadis yang mengatakan kalau hendak melihat seseorang itu, kita harus melihat dengan siapa dia bersahabat.
Hubungan Anwar Ibrahin dengan negara-negara Arab adalah juga dilihat hubungan antara sekumpulan negara-negara Arab yang berada dibawah pengaruh Amerika dan Israel.
Kesimpulannya, Anwar Ibrahim Memang Harus Di Pantau. Dia perlu kita dedahkan siapa sahabat-sahabat disekelilingnya.
Israel memang sedang merancang untuk melebarkan sayapnya di Asia Tenggara. Singapura sudah tentu, Indonesia sudah masuk sebelah kaki ( Gus Dur dilihat sebagai sekutunya), Malaysia berpotensi tinggi.
Keghairahan akhbar Israel menunggu saat dan ketikanya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tidak dapat diselidungi lagi.
pure-hadharist.blogspot.com
ANWAR PERLU BUKTIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA HUBUNGAN BELIAU DENGAN MANA-MANA PEMIMPIN BARAT ADALAH SESUATU YANG TIDAK PERLU MENCETUSKAN KERAGUAN!!
Anwar :Perdana Menteri Malaysia
on Friday, April 4, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
April
(35)
- Ketuanan Melayu Perak sudah tergugat .
- ANWAR CUBA BELI KERAJAAN CARA JALAN BELAKANG
- Ketamakan Kuasa Bermula -Future PM Anwar Ibrahim
- ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM...
- BPR bawah parlimen. 'perjuangan saya tidak sia-sia...
- Sejarah Anwar Ibrahim - Pengkhianat Bangsa & Nega...
- Ucapan Ketua Pemuda DAP di Ipoh -tersuratnya
- Racist ke UMNO ??
- Kalau ada bukti, bawa ke mahkamah - Rashid
- Perkampungan Cina
- Projek babi macam taktik Israel?
- Strategi Pinggirkan Bangsa Melayu sekarang ini Ole...
- Berita Anwar di akhbar minggun Gereja Anglican UK
- Kelahiran semula Anwar ke politik Malaysia
- 'Lebih baik saya letak jawatan' Ketua Kg kecewa de...
- Lesen Terbesar Babi- Hukum PAS yang berbeza-beza.
- Cadangan minta Sultan campurtangan isu Babi
- Khalid tidak berani bertanggunjawab ?salahkan oran...
- Khinzir- Rakyat tertipu oleh Pakatan Rakyat
- Projek Koridor Selangor Maju : RM100 juta ternak b...
- PM beri penjelasan serangan dari Ku Li dan TDM
- Ucapan Ikhlas dari Pak Lah
- Pulihkan survival politik UMNO
- Di mana kuasa Melayu???
- Pergeseran Pakatan Rakyat
- BERSATULAH KAUM CINA vs BERSATULAH BANGSA MELAYU
- Anwar :Perdana Menteri Malaysia
- Siapa bakal Ketua Pemuda - KT- MM atau KJ
- Tanah di Perak tergadai
- Hairan sikap Pas berubah
- Wahabi Terus Sabotaj Islam
- Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
- Laporan akhbar Israel Anwar dicurigai
- apakah perjuangan PAS sekarang?
- DAP kuasai Perak tanpa menjadi MB
-
▼
April
(35)