Merujuk kepada artikel blognya ini , agak mengejutkan juga Zulkifli yang kita tahu seorang pemimpin yang tidak berkompromi kepada sesiapa yang cuba menghina agama Islam . Malah dulu dia sanggup menyatakan Islam No 1 dalam prinsipnya . Tetapi hari ini beliau tanpa segan silu menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.
Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.
Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.
Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan.
Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.
Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid!
Tak sangka juga PB seorang pejuang Islam seperti Zul mudah terpedaya oleh pemimpin DAP yang biadap ini. Dalam isu ini kita sebenarnya tiada masalah jika Nga Kor Ming mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih bagi tempat-tempat ibadat agama lain . Malah baru-baru ini kerajaan pusat sendiri menerusi JPM menyumbangkan RM 1 juta untuk membina paviliion Tokong Kek Lok Si di Penang.
Namun, bila buat Nga ini membuat perbandingan dan anggap bukan Islam dianaktirikan , maka ini sudah jadi isu sensitif, memperlihatkan DAP tidak menunjukkan sensitiviti agama di Malaysia.Tujuan sebenarn Kor Ming ini adalah untuk membangkitkan sentimen kebencian dikalangan bukan Melayu kepada kerajaan . Tetapi ramai penduduk Islam terutama di Malaysia rasa amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat Nga Kor Ming ini. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kurang senang dengan sikap Kor Ming membandingkan peruntukan untuk Islam dengan bukan Islam.
Malah Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12 (2) dan Perkara 3 sebenarnya memberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk tidak menyalurkan satu sen pun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di negara ini.Namun begitu , menurut Abdul Aziz, kerajaan tetap bertindak pemurah dan menunjukkan sifat ihsan apabila tetap memperuntukkan RM9 juta untuk membantu rumah-rumah ibadat bukan Islam dalam tempoh 2000 hingga 2008.
Adakah Zul Kulim ini faham ke maksud perbandingan ini ?? Perbandingan peruntukan inilah menyebabkan orang Melayu marah !! Bila membaca artikel zul , tiada pun beliau tulis perbandingan peruntukan yang dipertikaikan oleh Nga Kok Meng ?? Jangan cuba pusing cerita la Zul untuk membantu Nga Kok Meng dengan ayat dengan menyatakan DAP ini kafir zimmi . DAP sudah lama pun menjadi kafir harbi dan sudah lupakah LKS dan Karpal Singh dulu menentang negara ini disebut sebagai negara Islam oleh Dr Mahathir di zamannya menjadi PM dulu di Parlimen .
Lepas ni , sorry la Brader Zul , dulu PB respect betul anda sebagai pemimpin dalam PR yang mempejuangkan Islam . tetapi hari ini anda juga sudah masuk geng Erdogan dan menjadi balaci DAP !!
Zul Kulim pulak sokong Nga Kok Meng pertikai peruntukan masjid
on Tuesday, December 15, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
December
(65)
- Kerajaan Kelantan bakal muflis terpaksa bayar RM 8...
- Kezaliman politik PP, pijak gambar kena potong kaki
- Gempar !! Rumah Bekas Ketua Penerangan Pemuda dik...
- Penang Bangkit: Lelaki terlibat dalam demo Sidang ...
- Kewangan negeri Selangor bakal berdepan krisis
- Demo GKPPNS tajaan Anwar gagal
- Fitnah sms PAS terhadap UMNO kantoi !!
- Pembantu Khas YB PKR tunjuk samseng tumbuk KP Par...
- Pandangan peribadi Dr Yusof Qaradhawi jadi modal ...
- Kebenaran disebalik isu enjin jet hilang
- Lim Guan Eng bakal dikenakan tindakan akta Hasutan
- "Malaysia Without Malays " buku yang harus dibaca
- DAP ajar PAS burukkan Melayu
- Enjin pesawat hilang : PAS gila meroyan menuduh UMNO
- Gempar !! Berita penting kepada BPN dan blogger P...
- Penang Bangkit : Kerajaan negeri PP zalim mahu rob...
- Penang Bangkit : Salleh Man masih lagi mimpi
- Pemuda PAS di bawah Nasrudin sudah jadi penakut
- DAP hapus kebebasan media di Pulau Pinang
- Gerakan tidak buat kerja , UMNO patut menjadi Peng...
- BPN tidak gentar hasutan Pakatan supaya rakyat be...
- Program SPIES propaganda Pakatan , khas untuk ana...
- Penang Bangkit !! : Guan Eng racist !!!
- Pendedahan misteri 1998 yang harus kita ketahui
- Lagi isu kuil di Shah Alam babitkan Khalid - Rodziah
- Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya,...
- Zul Kulim pulak sokong Nga Kok Meng pertikai peru...
- Parti Ultra Kiasu DAP sudah mula gelabah
- PAS semakin terdesak ,tiada idea , lancar " UMNO...
- Pakatan Rakyat a.k.a Penipu Rakyat bakal didaftar...
- PAS tiada isu , Salam 1 Malaysia pulak dipertikaikan
- Masih adakah Ketuanan Malayu - Ridhuan Tee
- PAS memang diperkudakan DAP
- Tun M terus membela Melayu , usah pertikai kemasuk...
- Penjelasan Kor Ming tidak cukup - Pemuda UMNO
- 15,000 penyokong Anwar di Permatang Pauh hadiri pe...
- Takbir PAS menyokong Nga Kok Meng pertikai peruntu...
- Bapa BTN = Anwar Ibrahim !! lihat video ini
- Nga Kok Meng seperti biasa salahkan media
- Kesian Mahfuz dihantam Nik Aziz kerana tegur dalam...
- Ramai pemimpin bidas Nga Komeng pertikai peruntuka...
- Penang Bangkit !! : Pulau Pinang - Pusat maksiat N...
- Penang Bangkit !! : Guan Eng dan Melayu 2,3 Kerat
- Parti ulta kiasu DAP persoal kerajaan bina bany...
- Penang Bangkit !! : Melayu terus diperbodohkan, ta...
- Penang Bangkit !! : Malik Halal Hub pesta sakan h...
- PENANG BANGKIT !! : Penduduk Rumah Hijau tagih jan...
- Cauvanis Cina fikir siang dan malam nak ambil M...
- Nik Aziz telah doa kemusnahan Najib
- Contoh pelajar yang dirosakkan oleh fitnah dan d...
- PENANG BANGKIT !! MELAYU TIDAK RELA DIPERBODOHKAN
- I-City bakal pelingkup masa depan Melayu Shah Alam
- Pulau Pinang kini dalam bahaya , bakal ikut jejak ...
- Ramai akan lompat , We got a numbers !!!
- Kerana isu punggung , Adun BN dihalau keluar dewan
- Guan Eng tidak tahu tadbir negeri dan tiada idea m...
- Pendedahan Nik Aziz amal Kronisme di Kelantan
- Skandal Tanah Lot 408 babitkan Raja Putar Belit
- Cerita sebenar kursus BTN
- Kerana sebut "Melayu dua tiga kerat " dihalau kelu...
- Bukti Surat jemputan & gambar serah bantuan di t...
- Penang bangkit !! : Amar Maaruf Nahi Mungkar tidak...
- Rakyat Kelantan sudah bagi isyarat kepada Nik Aziz...
- BTN racist @ DAP yang pijak gambar orang Melayu da...
- Noh Omar pertahan rakyat , Ronnie DAP halau rakyat
-
▼
December
(65)
Itulah perangai pencacai UMNO. Dulu kaki ampu hingga menjilat siku Zul Kulim dan Nazri. Sekarang ludah kelangit pulak nampak gayanya sipencacai UMNgok nie!...
pak lah
saya sebagai seorang 'pencacai UMNO' (sebagaimana kata anda) rasa apa yg kami fikirkan benar dan sesuai patut disokong (walaupun ia didokong pembangkang) dan yg kami fikir tidak sesuai patut ditentang (walaupun ia didokong kerajaan). Pencacai ini tidak bertindak menurut emosi, tapi pemikiran yang matang. Sdr Zul disokong atas kelantangannya bersuara atas nama agama dan bangsa.. hak itu milik kami. itu namanya kebebasan bersuara.