PULAU PINANG 3 Dis. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh lagi pagi ini apabila semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan kira- kira 15 minit persidangan bermula.
Ia ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar) sekali lagi digantung berikutan keengganannya meminta maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya ketika diarahkan keluar dewan petang semalam.
Semuanya bermula apabila Tze Tzim yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi membangkitkan isu itu yang kemudian mendapat perhatian Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain.
Abdul Halim mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Tze Tzim selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dituruti Azhar.
Halim kemudian mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan mesyuarat ketiga penggal kedua DUN Pulau Pinang ke-12 itu yang menyaksikan semua ADUN BN turut keluar dari dewan.
Azhar yang ditemui media berkata, tindakan menggantungnya itu adalah satu konspirasi untuk tidak membenarkan beliau berhujah selain menutup mulut beliau pada sidang DUN itu.
“Selama 20 tahun saya jadi wakil rakyat, saya tak habis-habis diserang namun tindakan menghalang saya berhujah ini satu tindakan melampau.
“Ini membuktikan wakil rakyat pakatan pembangkang ini tak bermaruah, tidak beretika dan tak sanggup terima kritikan yang menunjukkan pentadbiran mereka lemah,” katanya.
Petang semalam, Azhar digantung selama sejam apabila Timbalan Speaker, Tan Hock Leong mengarahkannya keluar kerana enggan menarik balik perkataan ‘dua tiga kerat’ wakil rakyat pakatan pembangkang yang tidak membela nasib orang Melayu di sini.
Mengenai dakwaan ‘tunjuk punggung’ itu, Azhar menjelaskan beliau hanya menunduk untuk mengambil begnya di bawah meja.
Komen PB
Nampaknya kerajaan DAP terus menerus pijak orang Melayu yang menentang mereka. Selepas isu Melayu tiga kerat , kali ini isu punggung dijadikan alasan untuk mereka halau Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim keluar dari dewan.
Adun muda Pantai Jerejak dari Anwar Al juburi ,Sim Tze Zin yang anti BTN ini terus menuduh Azhar Ibrahim tunjuk punggung kepadanya . Tuduhan kebudak-kebudakan ini juga disokong oleh Adun Melayu Mansor Othman @ Chot yang tidak mahu terus diserang oleh Adun BN dalam Sidang DUN .
PB rasa Adun PR terutama jambu seperi Sim Tze Zin ini fobia kot dengan punggung ..haha. Sudah lah ketua mereka kini hadapi tuduhan berkaitan main punggung juga , hari Datuk Azhar yang tunduk nak ambil beg duit pun di cop tayang punggung kepada anak buah Anwar. .
Datuk Azhar memang dijadikan mangsa konspirasi punggung dek kerana kelantangan beliau mengkritik pentadbiran kerajaan negeri . Selama 2o tahun beliau bercakap di Sidang DUN PP, kali ini beliau dihalang dengan isu bodoh seperti ini . Macam budak sekolah saja tahap pemikiran YB-YB Pakatan Rakyat , kerana tunduk nak ambil beg , punggung dijadikan isu .
Ini adalah satu lagi contoh kerajaan Pakatan yang tiada bermaruah ,tidak beretika, kuku besi , ala rejim selepas kerajaan negeri Selangor yang tidak boleh menerima kritikan terhadap kerajaan mereka.
Salam,
Bla depa pijak gambar pemimpin kita oh itu non racial issue yg dimainkan mjadi racial issue oleh pemimpin BN yg xbtggjwb.