GEORGETOWN - Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam setelah tidak berpuas hati dengan tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim keluar dari DUN dan menggantungnya sehingga jam 5 petang semalam.
Azhar berkata, tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkannya keluar dewan kerana mengeluarkan kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang kononnya menghiris perasaan beberapa pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya bertujuan menyekat beliau daripada meneruskan ucapan dan mendedahkan satu persatu kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Menurutnya, kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang digunakan dalam ucapannya adalah merujuk kepada bilangan yang kecil memandangkan bilangan pemimpin Melayu PR amat sedikit dan beliau kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang menunjukkan sikap tidak profesional apabila mengarahkan Ketua Pembangkang keluar dari sidang DUN.
“Saya kesal dan kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkan saya keluar dewan dan ianya jelas menunjukkan mereka cuba menyekat saya terus berucap, mungkin kerana tidak tahan dengan kenyataan pedas saya mendedahkan keburukan mereka.
“Sekiranya saya dihalau kerana tidak menggunakan perkataan yang sepatutnya dalam sidang ini, mengapa Timbalan Speaker tidak mengambil tindakan ke atas ADUN PR yang menggunakan perkataan kesat ke atas saya seperti perkataan lanun, penyamun, perompak dan kurang ajar yang memberikan pengertian yang lebih jelas berbanding perkataan ‘dua tiga kerat’?” katanya kepada pemberita sejurus selepas keluar dari sidang DUN bersama sembilan ADUN BN yang lain.
Azhar yang juga ADUN Penaga berkata, beliau tetap mempertahankan tindakannya enggan menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan membidas pemimpin Melayu PR yang disifatkannya sebagai ‘makan gaji buta’ semata-mata.
Beliau juga turut menafikan dakwaan beberapa ADUN PR menuduh beliau menunjukkan punggung ke arah mereka sebagai tanda protes dan menegaskan ADUN PR dan Kerajaan Negeri sememangnya mengamalkan sifat tuduh-menuduh ke atas BN sejak dahulu lagi bagi menutup ‘pekung’ mereka sendiri.
“Kerajaan Negeri dan ADUN PR memang amal perangai tuduh-menuduh dan guna perkataan kesat terhadap pemimpin BN sejak dahulu lagi sehinggakan menuduh saya menunjukkan punggung ke arah mereka.
“Berkenaan kenyataan saya, sememangnya beberapa ‘kerat’ pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri pimpinan PR yang tidak pernah buat apa-apa terhadap orang Melayu di negeri ini dan hanya duduk diam di pejabat dan makan gaji buta semata-mata. Justeru, tidak hairan kalau ada orang panas punggung dan menggunakan kuasa Speaker untuk menghalau saya,”katanya.
Beliau juga berkata, UMNO sahaja yang berikhtiar membela nasib orang Melayu negeri ini.
Komen PB
Nampaknya Melayu 2 tiga kerat dalam PR terus dibela oleh Guan Eng dan DAP. Mereka ini dibela kerana telah menjadi Pak Turut dan boneka DAP seperti Nizar Jamaluddin di Perak .
Depa ini memang tidak buat apa untuk bantu orang Melayu . Bila berlaku isu Melayu ditindas keluar suratkhabar , baru lah kalut Mansor tunjuk hero pi bela contohnya kes peniaga Melayu mahu berniaga di Bazaar Ramadhan dulu .
Memang bengap juga Speaker DUN PP ini yang tidak faham maksud Melayu 2 tiga kerat ...ada ka alasan bodoh ini dijadikan sebab untuk halau Datuk Azhar Ibrahim keluar dewan. Mereka sebenarnya tidak mahu beri peluang Ketua Pembangkang ini bercakap mengenai keburukan kerajaan negeri . Kalau PP ada Gestapo SELCAT seperti di Selangor , maka alamatnya Datuk Azhar kena gantung terus la senasib dengan Khir Toyo kerana selalu kritik kerajaan negeri .
Inilah demokrasi ala Pakatan Haram !!! Siapa kritik kena shoot !!
PENANG AKAN TERUS BANGKIT !!!!
Kerana sebut "Melayu dua tiga kerat " dihalau keluar Dewan
on Thursday, December 3, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
December
(65)
- Kerajaan Kelantan bakal muflis terpaksa bayar RM 8...
- Kezaliman politik PP, pijak gambar kena potong kaki
- Gempar !! Rumah Bekas Ketua Penerangan Pemuda dik...
- Penang Bangkit: Lelaki terlibat dalam demo Sidang ...
- Kewangan negeri Selangor bakal berdepan krisis
- Demo GKPPNS tajaan Anwar gagal
- Fitnah sms PAS terhadap UMNO kantoi !!
- Pembantu Khas YB PKR tunjuk samseng tumbuk KP Par...
- Pandangan peribadi Dr Yusof Qaradhawi jadi modal ...
- Kebenaran disebalik isu enjin jet hilang
- Lim Guan Eng bakal dikenakan tindakan akta Hasutan
- "Malaysia Without Malays " buku yang harus dibaca
- DAP ajar PAS burukkan Melayu
- Enjin pesawat hilang : PAS gila meroyan menuduh UMNO
- Gempar !! Berita penting kepada BPN dan blogger P...
- Penang Bangkit : Kerajaan negeri PP zalim mahu rob...
- Penang Bangkit : Salleh Man masih lagi mimpi
- Pemuda PAS di bawah Nasrudin sudah jadi penakut
- DAP hapus kebebasan media di Pulau Pinang
- Gerakan tidak buat kerja , UMNO patut menjadi Peng...
- BPN tidak gentar hasutan Pakatan supaya rakyat be...
- Program SPIES propaganda Pakatan , khas untuk ana...
- Penang Bangkit !! : Guan Eng racist !!!
- Pendedahan misteri 1998 yang harus kita ketahui
- Lagi isu kuil di Shah Alam babitkan Khalid - Rodziah
- Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya,...
- Zul Kulim pulak sokong Nga Kok Meng pertikai peru...
- Parti Ultra Kiasu DAP sudah mula gelabah
- PAS semakin terdesak ,tiada idea , lancar " UMNO...
- Pakatan Rakyat a.k.a Penipu Rakyat bakal didaftar...
- PAS tiada isu , Salam 1 Malaysia pulak dipertikaikan
- Masih adakah Ketuanan Malayu - Ridhuan Tee
- PAS memang diperkudakan DAP
- Tun M terus membela Melayu , usah pertikai kemasuk...
- Penjelasan Kor Ming tidak cukup - Pemuda UMNO
- 15,000 penyokong Anwar di Permatang Pauh hadiri pe...
- Takbir PAS menyokong Nga Kok Meng pertikai peruntu...
- Bapa BTN = Anwar Ibrahim !! lihat video ini
- Nga Kok Meng seperti biasa salahkan media
- Kesian Mahfuz dihantam Nik Aziz kerana tegur dalam...
- Ramai pemimpin bidas Nga Komeng pertikai peruntuka...
- Penang Bangkit !! : Pulau Pinang - Pusat maksiat N...
- Penang Bangkit !! : Guan Eng dan Melayu 2,3 Kerat
- Parti ulta kiasu DAP persoal kerajaan bina bany...
- Penang Bangkit !! : Melayu terus diperbodohkan, ta...
- Penang Bangkit !! : Malik Halal Hub pesta sakan h...
- PENANG BANGKIT !! : Penduduk Rumah Hijau tagih jan...
- Cauvanis Cina fikir siang dan malam nak ambil M...
- Nik Aziz telah doa kemusnahan Najib
- Contoh pelajar yang dirosakkan oleh fitnah dan d...
- PENANG BANGKIT !! MELAYU TIDAK RELA DIPERBODOHKAN
- I-City bakal pelingkup masa depan Melayu Shah Alam
- Pulau Pinang kini dalam bahaya , bakal ikut jejak ...
- Ramai akan lompat , We got a numbers !!!
- Kerana isu punggung , Adun BN dihalau keluar dewan
- Guan Eng tidak tahu tadbir negeri dan tiada idea m...
- Pendedahan Nik Aziz amal Kronisme di Kelantan
- Skandal Tanah Lot 408 babitkan Raja Putar Belit
- Cerita sebenar kursus BTN
- Kerana sebut "Melayu dua tiga kerat " dihalau kelu...
- Bukti Surat jemputan & gambar serah bantuan di t...
- Penang bangkit !! : Amar Maaruf Nahi Mungkar tidak...
- Rakyat Kelantan sudah bagi isyarat kepada Nik Aziz...
- BTN racist @ DAP yang pijak gambar orang Melayu da...
- Noh Omar pertahan rakyat , Ronnie DAP halau rakyat
-
▼
December
(65)
biasalah orang mabuk kuasa. macam beruk dapat bunga. mulalah cari salah silap orang lain sebab nak tunjukkan kuasa mereka.
orang melayu pr tu cuma boneka atau mayat bernyawa pujaan dap je. bukan boleh buat apapun.
PKR, PAS DAP Adalah RASIS!!
Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim
nik aziz pun pernah sebut '2-3 kerat' pemimpin dlm pas..
hahaha.. nik aziz pun hina pemimpin sendiri..
kesian pakatan yang 2-3 kerat ni
Depa ni bukan faham sangat Bahasa Melayu.
Kut-kut dia faham YB maksud depa jenis yang tak kerat, la tu.
Syabas YB. Selama ni depa dok tuduh UMNO tak buat apa; tak bantu Melayu.
La ni depa dua tiga kerat tu dok jadi pecacai orang lain.
Penang kena bangkit; baru panasnya dapat merebak ke Kedah pula.
salam,
kita tak perlu takut menggunakan perkataan melayu,teruskan datuk teman sokong di atas perjuangan datuk di P.P.Perkembangan di negeri pembangkang selalu menjadi topik untuk teman ikuti.
tq
sama lah dengan speaker kat Parlimen tu, selalu aje jaga MP BN. Di Parlimen, MP Pakatan ditindas habis-habis.
alaaa... komen aku tadi takkan disiarkan pasal engkau pro-BN.
syok sendiri konon, haha!