Penang Bangkit : Kerajaan negeri PP zalim mahu roboh pondok nelayan orang Melayu Tanjung Bungah

on Wednesday, December 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


nasib nelayan PP semakin dihimpit ekoran
tekanan oleh kerajaan negeri DAP



TANJUNG BUNGAH – Tanda tanya notis merobohkan pondok yang menghantui fikiran kira-kira 11 nelayan perairan pantai Tanjung Bungah bakal terungkai menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi Bertindak Nelayan Tanjung Bungah, Saiful Lizan Mohd Yusoff berkata, pihaknya mendapat surat maklum balas daripada pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang.

Menurutnya, satu perjumpaan akan diadakan bersama dengan beberapa agensi kerajaan yang terlibat bersama 11 nelayan.“Selain 11 nelayan itu, kira-kira 50 pemilik sampan yang meletakkan sampan mereka di kawasan berhampiran juga akan menghadiri mesyuarat buat kali pertama ini.

“Dengan adanya pertemuan ini akan merungkai persoalan nelayan yang selama ini menerima dua kali notis arahan keluar daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu Sinar Harian siaran 2 September melaporkan nelayan Tanjung Bungah yang membina pondok nelayan berhampiran bersebelahan Kegiatan Pusat Sukan Air Tanjung Bungah menerima surat pemberitahuan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut mengenai pencerobohan yang dilakukan mereka.

Lokasi bangsal atau pondok nelayan itu juga dibina hanya beberapa meter sahaja daripada Masjid Terapung Tanjung Bungah.

Selain pondok nelayan, kelihatan berpuluh sampan lain milik nelayan yang tinggal di Pangsapuri Masjid Terapung turut meletakkan sampan dan bot mereka di perairan itu. Sinar Harian juga berkesempatan menemui beberapa nelayan yang melahirkan rasa kecewa mereka apabila menerima surat itu.

Ada di antaranya yang mengeluh kerana hidup di bumi sendiri ibarat tinggal di negara asing.
Malah, nelayan juga mendakwa tiada tempat lain untuk membina pondok baru bagi menggantikan pondok lama mereka. Nelayan menerima notis pertama pada 17 Ogos lalu dan notis kedua pula dikeluarkan pada 17 November lalu.

Melalui surat berkenaan, kesemua bangsal dan pondok yang dibina nelayan didapati menceroboh tanah kerajaan bersebelahan dengan Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah dengan membinanya tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Kesalahan itu didapati melanggar peraturan Seksyen 425 (1) (a) Kanun Tanah Negara dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Nelayan juga dinasihatkan supaya meroboh sendiri atau memindahkan binaan berkenaan sebelum atau pada 18 Januari 2010, sekiranya tidak mematuhi arahan notis pihak berkuasa akan mengambil tindakan penguatkuasaan. klik di sini selanjutnya

Komen Pb

Ini kerajaan ala Khalifah Umar Abd Aziz .. sapa ceroboh tanah mereka walaupun rakyat sendiri ,akan dihalau macam anjing . Modus operandi mereka ialah notis suruh roboh tanpa lakukan perbincangan dengan nelayan-nelayan ini semua .

Ini lah agenda sebenar Guan Eng mahu singkir orang Melayu di sebelah pulau . Beliau biarkan orang Melayu yang bekerja nelayan tak boleh cari rezeki dan akhirnya mereka ini terpaksa berpindah terus ke seberang .
Nasib orang Melayu di PP semakin dihimpit dan juga tekanan oleh kerajaan negeri.


2 Responses

  1. sudah terang lagi bersuluh.DAP brengset.

  2. Cheguman says:

    lebih 200 blog prokerajaan digodam hacker menggunakan nama 'kumbang' (analisisringan.blogspot) tolong sebarkan bagi menyekat fitnah ini! lihat http://waadat.blogspot.com/2009/12/berita-penting-kepada-semua-blogger-bpn.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.