KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak boleh menerima penjelasan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam kerana isu pokok dalam hal itu tetap sama.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, jika penjelasan itu diamati, jelas bahawa Kor Ming sendiri mengakui beliau telah membuat perbandingan antara peruntukan membina dan menyelenggara 611 buah masjid dengan peruntukan RM9 juta untuk rumah ibadat bukan Islam.
"Pergerakan Pemuda UMNO merasa penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima kerana dia tidak nafi kenyataan awal iaitu pokoknya ialah soal perbandingan pembinaan masjid dengan tempat-tempat ibadat yang lain.
"Kami memahami sekiranya ada pihak yang mahu memperjuangkan peruntukan lebih bagi tempat-tempat ibadat agama lain, itu tidak ada masalah, jika ada parti politik atau ahli politik hendak minta lebih untuk kuil, gereja dan lain-lain, kita tidak ada halangan.
"Namun, bila buat perbandingan, maka ini sudah jadi isu sensitif, memperlihatkan DAP tidak menunjukkan sensitiviti agama di Malaysia.
"Ini bukan kali pertama, berulang kali dibuat DAP, saya kira majoriti orang Islam terutama di Malaysia rasa amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat Nga Kor Ming," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan kepimpinan muda parti Golkar di pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Kor Ming dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan di Parlimen beberapa hari lalu menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid dari 2000 hingga 2008 tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam.
Beliau juga melahirkan rasa kesal rakyat bukan Islam dianaktirikan.
Beliau menyatakan agar agihan lebih adil disalurkan kepada masyarakat bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah 'Kepercayaan kepada Tuhan'.
Kenyataan Kor Ming dijawab seorang Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12 (2) dan Perkara 3 sebenarnya memberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk tidak menyalurkan satu sen pun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di negara ini.
Namun, menurut Abdul Aziz, kerajaan tetap bertindak pemurah dan menunjukkan sifat ihsan apabila tetap memperuntukkan RM9 juta untuk membantu rumah-rumah ibadat bukan Islam dalam tempoh 2000 hingga 2008.
Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kurang senang dengan sikap Kor Ming membandingkan peruntukan untuk Islam dengan bukan Islam.
Kor Ming pula menuduh beberapa media telah memutar-belitkan kenyataan bertulisnya itu.
Tambah Khairy, pihaknya juga kesal kerana setelah beberapa hari kenyataan itu dibuat, kepimpinan tertinggi Pas masih berdiam diri dan belum menyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu itu.
"Saya begitu rasa sedih apabila tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi Pas, sekali lagi ini memperlihatkan prinsip dan asas perjuangan dikorbankan untuk kepentingan politik jangka masa pendek," katanya.
Jelas beliau, kenyataan DAP itu mencerminkan ia tidak menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan dan sikap seperti itu akan hanya membawa kepada budaya mengguris hati antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Jelasnya, andai tindakan seperti yang dibuat Kor Ming diteruskan, maka akan ada pihak-pihak yang cuba membandingkan apa yang diterima masyarakat bukan Islam pula di negara ini.
"Sudahlah memijak gambar, sekarang buat kenyataan mengguris hati, tidak mencerminkan budaya ketimuran kita yang dikongsi semua kaum di negara ini, kita mesti tolak budaya yang dibawa DAP," katanya.
Beliau juga menyaran pihak berkuasa agar bertindak atas beberapa laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai isu berkenaan.
Pas...harrrtuiiiikk..macam HamPasssss
penyokongnya lagi bingai..demi undi sanggup menyundalkan agama dan bangsa.
Saya rasa tidak salah jika YB Nga menggunakan fakta yang dibentangkan di Parlimen sebagai satu perbandingan. After all,fakta itu bukan lah beliau sengaja ada adakan.
Kata 1Malaysia, so mestilah bangsa atau agama asing juga mempunyai tempat di negara tercinta ini.
Kalau dah sorang dapat RM700 juta tapi yang satu lagi hanya RM9 juta, di mana letaknya semangat 1MALAYSIA???
Tak kan boleh hidup dengan slogan sahaja. We have to walk the talk ...
Col Roseli
fakta itu tidak salah dan ia tepat. tetapi kata2 beliau memang mempertikaikan peruntukan ke masjid dan menyinggung perasaan org Islam .
harus diingat Agama Islam adalah adalah agama rasmi persekutuan , dan menurut Prof Aziz Bari kerajaan jg tidak berhak memberi bantuan satu sen pun kpd rumah ibadat agama lain jika merujuk kepada artikel di dalam perlembagaan .
Isu pertikaian oleh Nga adala cukup biadab sekali ..sebelum ini tidak pernah orang bukan Melayu baik dr MCA @ MIC pertikai peruntukan ke masjid .
1 Malaysia bukan sama spt samaratakan semua kaum..ingat kita ada Perlembagaan Persekutuan!!
col rosely...
tidak salah?? nampak sangat anda ini penyokong parti pembangkang yang membenarkan segala kesalahan yang dilakukan... jelas sekali kenyataan tersebut mengundang bahaya dan bersifat politik semata2 dengan tujuan untuk mengambil perhatian orang2 bukan Islam. Kenyataan itu juga dengan harapan IFC akan mendapat sokongan menyeluruh dari pihak bukan Islam... Lihat balik tuntutan2 IFC.
Col Roseli...
Mengapa cetek sungguh akal anda??..
ia mmg fakta tetapi jgn sekali2 mempertikaikan peruntukan kepada pembinaan masjid kerana ia telah termaktub didalam perlembagaan.. so perlu dihormati...
lagi satu, jgn letakkan isu kaum cina pun membayar cukai... sy muak dgn ayat itu.. pergi mana2 negara pun anda akan wajib utk membayar cukai... bodoh punya YB NGA...
from boyesen...