Penang Bangkit !! : Melayu terus diperbodohkan, tanah wakaf tergadai

on Tuesday, December 8, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


PB sekali lagi membawakan lagi isu tanah wakaf di Pulau Pinang yang sepatutnya menjadikan hak milik orang Islam ,kini nikmat itu dirampas oleh kerajaan DAP Sosialis sejak mereka memerintah PP .

PB melihat DAP ini sungguh bijak mengaburi mata orang Melayu PP dalam isu pengambilan tanah wakaf ini dengan ganjaran wang ringgit tanpa fikirkan halal dan haram mengikut hukum Islam. Perihal dengan tanah wakaf anda sudah sedia maklum,jika tanah sudah diwakafkan maka aset itu tidak boleh dijual beli,dan hanya tertakluk dibawah kawal selia Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Maka adalah haram disisi agama jika waris menuntut atau mengambil hasil dari aset yang sudah diwakafkan.



Jika semua orang nak tahu mengapa begitu mudah Kerajaan negeri boleh control tanah wakaf ini semua adalah kerana kerajaan sosialis Guan Eng mempunyai CMI iaitu sebuah agensi kerajaan negeri untuk mengawal segala tanah di PP termasuk lah tanah wakaf . Agensi ini memberi kuasa penuh kepada LGE untuk suka hati ambil tanah @ menukar syarat tanah malah sekarang telah buat sekatan untuk pemilikan tanah tanah wakaf untuk diambil oleh Maipp.

PB setuju dengan pandangan dari Pisau , iaitu satu lagi kebarangkalian iaitu kemungkinan waris dipujuk oleh puak chauvanist DAP dan CMI(Chief Minister Inc.) agar mengizinkan tanah tersebut dijual tanpa menyedari ia adalah menjadi satu kesalahan menjual tanah wakaf,apabila gelap mata dengan tawaran yang cukup lumayan,maka berlakulah episod mengadai tanah tapak perkuburan Islam.

lihat video ini nasib tanah wakaf melayu




Episod Melayu Pulau Pinang diperbodohkan oleh Khalifah Umar PAS telah berjaya .. tanpa memikirkan halal dan haram dalam Islam , tanah wakaf telah digadaikan oleh orang Melayu sendiri ...

Bagaimanakan nasib umat Islam pada masa depan ?? nak bina rumah murah untuk orang Islam pun di sebelah pulau pun tak ada dah lepas ni .. semuanya telah dikawal Guan Eng !!



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Lepaih ni cek ingat akan dtg org Islam kat tanjung kena kebumi dalam laut. Dak pun pakai bakaq saja pasai kuboq dah takdak no...

  2. Hamdan Othman says:

    Cukup memalukan.

    Kita tak terperanjat dan tak mau menyalahkan Mak Cik Hidayah dalam kes ini.

    Kita musykil apakah Ahli-Ahli YB Melayu-Islam dalam Kerajaan PP hanya mampu mengangguk semata; tidak ada langsungkah rasa bertanggungjawab kepada Agama dan bangsa ?

    Bagaimana pula agaknya rasa pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri; tak rasa tercabarkah?

    Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah pula, macamana ?

    Kita menaruh harapan yang cukup tinggi kepada YB-YB, Pegawai-Pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri dan Pegawai-Pegawai dari Pejabat Tanah yang beragama Islam dan berbangsa Melayu agar dapat sama-sama menjaga kepentingan Melayu di PP.

    Tapi...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.