Cauvanis Cina fikir siang dan malam nak ambil Malaysia, pemimpin Melayu buat apa ??

on Monday, December 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Para pemikir Cina cauvanis sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambilalih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:


Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu.

Baca seterusnya di Merdeka review sini.

Banyak kebenaran Dr Mahathir "menasihat" Najib untuk memastikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dikembalikan.

Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.

Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambilhati pengundi kaum Cina dan India.

Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera. Ketara sekali adalah isu biasiswa, subsidi petani, bantuan keusahawanan, dll. yang sudah jelas berkurangan. Banyak amalan baru kerajaan menimbulkan anggapan kerajaan UMNO tidak ada formula untuk membantu Melayu dengan lebih adil iaitu boleh mengambilkira segmen kaum bukan Bumiputera yang memerlukan.

Persepsi ini perlu dibetulkan dan keyakinan dikembalikan. Ia perlu lebih dari retorik tetapi pengalaman sebenar mereka. Jika pasaran bebas mahu diselitkan dalam kegiatan ekonomi dan sistem dual ekonomi dihapuskan sedikit-dikit, bujet sistem sokongan dan pembelaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik perlu ditambah. Golongan besar segmen ini pasti terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera.

Mereka menyebut 75% bukan Melayu di Semenanjung akan undi PR. Ini bermakna mereka akan usaha sampai 100% undi kaum Cina pergi ke PR. Undi 25% akan datang dari kaum India dan sebahagian kecil kaum Cina. Kaum India ada mula sedar pelbagai tuntutan terahdap kerajaan lebih menguntungkan kaum India dan mereka dibodohkan dengan permainan sentimen.

Pastikah hadiah yang diberikan untuk menarik undi Cina akan kembalikan sokongan pada UMNO/BN? Juga pastikah kemarahan Melayu kepada UMNO kerana persepsi terahdap Pak Lah dan keluarga sudah reda dan undi sedia kembali pada UMNO? Bolehkah dengan mengurangkan bantuan kepada Melayu?

Jangan sampai yang dikejar Najib tidak dapat dan dikendung Najib berkeciciran. Lebih baik diutamakan rakyat marhean yang susah tanpa mengira kaum. Perkiraan untuk kepentingan kaum tertentu di susuli.

Paling anih adalah dalam mereka menyebut "sama rata, sama rasa", "Malaysian Malaysia", dan slogan satu bangsa Malaysia konon hentikan politik perkauman, perbincangan ini masih menunjukan mereka masih berpolitik berasaskan kaum. Malah isu-isu politik sudah kurang zaman BN sebelum 2008, ianya menajdi-jadi masa lepas PRU12.

Rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan antara kaum harus hentikan pemikrian sedemikian. Formula kesepakatan antara kaum yang berjaya adalah BN. Ciri kaum diterima dan ambilkira sebagai fitrah manusia. Kepentingan tertentu diperseimbangkan jua.

sumber : the unspinners


One Response

  1. zaquan says:

    Semua orang Melayu dan Bumiputra semestinya MESTI ditanam semula semangat kebangsaan mereka- sama ada Melayu dalam UMNO, PAS, PKR dan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak supaya mereka menyintai dan menyanyangi bangsa mereka,tanah air mereka dan apa sahaja yang berkait dengan bangsa mereka.Bangsa yang tebal semangat kebangsaannnya tidak akan mudah dibeli,diperalat dan dijual oleh bangsa lain /politik perkauman atas nama demokrasi...lebih-lebih lagi bertelagah sama sendiri seperti yang berlaku sekarang!

    Sepatutnya gerakan mengembalikan /menanam semula semangat kebangsaan bersama rasa persaudaraan seagama ini dijalankan lama dulu lagi dan sikap ` take for granted' dan percaya semua orang Melayu masih mempunyai semangat kebangsaan yang tebal adalah salah sama sekali...Sebenarnya halu tuju semangat kebangsaan orang Melayu sudah terhakis kecuali hanya ada di kalangan generasi tua sahaja yang semakin susut pula bilangannya....
    Pihak Kerajaan bersama pejuang bangsa,cendiakawan sejarah, ahli2 politik Melayu vateran,NGO Melayu dan sesiapa sahaja yang masih mempunyai semangat kebangsaan perlulah mengambil inisiatif dan membuat sesuatu menyedarkan balik generasi hari dengan semangat kebangsaan bangsanya....dan semangat cinta terhadap tanahairnya.
    Seharusnya, menanamkan semula semangat kebangsaan ini perlu dijalankan secara berterusan dan berterusan serta berperancangan, bukan bermusim kerana generasi golongan muda sentiasa lahir berterusan setiap hari...CUBA bayangkan, apa akan jadi kepada orang Melayu/Bumiputra negara ini satu hari nanti, sekiranya mereka tidak mengenali bangsa mereka sendiri,tidak mengenali negara mereka sendiri dan tidak tahu sejarah tanah air mereka sendiri?Mungkin episod hilang tanahair seperti terlepasnya SINGPURA kepada orang akan berulang lagi.......RENUNG RENGUNGKAN hal ini.Cinta Bangsa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.