Lagi isu kuil di Shah Alam babitkan Khalid - Rodziah

on Wednesday, December 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Shah Alam ini tak habis2 lagi isu kuil dan pastinya membabitkan 2 pasangan paling popular di situ iaitu YB Khalid Samad dan YB Rodziah . 2 pemimpin ini yang menjadi popular dan dikenang jasanya oleh geng tok sami kuil dek kerana sokongan tidak berbelah bagi mereka mempertahankan kuil di kawasan tersebut.

Pendedahan ini dibongkarkan oleh spy leman dari portal Mykmu .


Spy dapat maklumat bahawa pada malam 13 Disember 2009, dua YB ini telah mengadakan perjumpaan dengan para penduduk Flat perumahan kos rendah Sungai Rasau. Penduduk Flat ini rata-ratanya merupakan bekas penghuni setinggan Kg Rimba Jaya dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam.

Informer spy yang hadir didalam perjumpaan tersebut menyatakan ramai penduduk yang hadir tidak berpuas hati dengan penjelasan dua jaguh kuil ini didalam isu penentuan tapak kuil di kawasan tersebut. Apa nak di hairankan, Khalid Samad dan juga Rodziah lah yang menjadi punca kemelut isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam tak lama dulu.

Khalid Samad dan jugak Rodziah ni sebenarnya bukan penyelesai masalah tetapi lebih kepada penimbul masalah kepada masyarakat melayu dan Islam di Selangor. Sebab tu lah kepala lembu diusung kehadapan bangunan SUK Selangor tak lama dulu sebagai simbolik kepada kebebalan kepala hotak dua ekor YB ni.

Perjumpaan diantara Khalid Samad, Rodziah serta penduduk kawasan ini dipenuhi dengan ucapan putar belit Khalid tentang percanggahan penentuan sebenar tapak kuil di kawasan tersebut. Rodziah pula hanya bertindak sebagai moral supporter dan "pom-pom girl" kepada Khalid Samad.

Rata-rata penduduk beragama Hindu dikawasan tersebut mahukan kuil itu kekal ditempat asal yang berkeluasan 10'000 kaki persegi manakala pihak kerajaan negeri pula mahukan kuil tersebut dipindahkan ke kawasan parking kereta berdekatan kawasan Flat penduduk yang seluas 4000 kps.

Khalid Samad nyata tidak dapat memberikan penerangan yang memuaskan hati penduduk apabila dilihat seperti sengaja lari dari tanggung jawab dengan menyalahkan kerajaan barisan Nasional terdahulu. Khalid menyatakan bahawa kerajaan PR kini lebih adil berbanding di bawah pentadbiran Khir Toyo tetapi dia lupa bahawa kemelut kuil di Seksyen 23 masih belum menemui jalan penyelesaian.

Khalid menjelaskan bahawa satu bancian dan juga soal selidik akan dilakukan dari rumah ke rumah bagi mendapatkan pandangan serta undi dari penduduk Flat Perumahan Kos Rendah Sungai Rasau berkenaan dengan pembinaan kuil berhampiran Flat mereka.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila seorang penduduk melayu/Islam bangun untuk berhujah bahawa mengapa Khalid dan Rodziah sebagai wakil rakyat yang dilantik dan juga merupakan merupakan exco kerajaan negeri Selangor, tidak dapat menyelesaikan masalah tapak kuil ini dan juga hanya mengharapkan keputusan serta undian dari setiap penduduk.

Bukankah pihak berkuasa negeri dan juga pemaju diberikan kuasa untuk menyelesaikan masalah tapak kuil itu? Jadi mengapakah penduduk yang diharapkan untuk membuat keputusan dan dibebankan masalah pembinaan tapak baru berdekatan kediaman sendiri? Apakah ini jalan selamat bagi Khalid dan juga Rodziah supaya mereka terlepas dari sebarang tanggung jawab apabila timbul pertikaian di kemudian hari?

Hujah tersebut mendapat respon yang amat baik dari semua bangsa dikalangan penduduk yang hadir melalui tepukan gemuruh dan juga cercaan penduduk terhadap Khalid dan juga Rodziah.

Lebih menarik lagi, penduduk-penduduk Flat Sungai Rasau mengatakan bahawa mereka bukan berpelajaran tinggi seperti Khalid dan Rodziah tetapi mereka tidaklah bodoh untuk membezakan antara yang lurus dan juga yang bengkok. Khalid dilihat menjadi tak keruan dan cuba mengelak dari menjawab hujahan penduduk yang semakin keras dan bertimpa-timpa.

Rodziah cuba bangun menyelamatkan keadaan dengan memberikan alasan bahawa jika cadangan untuk memindahkan kuil ke kawasan parking penduduk di Flat berkenaan diterima sebulat suara oleh penduduk, ia akan memudahkan pembinaan kuil baru kerana kawasan flat berkenaan adalah dibawah kuasa MBSA. Tetapi agak sukar untuk diluluskan jika penduduk mahukan kuil tersebut kekal ditempat yang sedia ada sekarang.
Jawapan kurang matang Rodziah ini telah membangkitkan kemarahan penduduk yang tak mahukan kawasan parking berdekatan kediaman mereka di bina kuil. Jelas disini bahawa Rodziah dan Khalid bersikap ingin "cuci tangan" didalam menyelesaikan masalah penduduk tanpa mengira sentimen dan juga keselesaan hidup masyarakat setempat.

Ini lah sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat !! Mereka ini cakap saja pandai ,kritik orang sana sini , tetapi diri sendiri pun bangang dan tidak bertanggugjawab dalam menyelesaikan masalah rakyat. Mereka gagal menguruskan dengan baik masalah rakyat di kawasan mereka dan PB berani jamin PRU 13 ini nanti mereka akan terima padahnya .


One Response

  1. Anonymous says:

    12hb Dis 09..lepas isya..dua mangkok ayun ni datang ka Tmn Bukit Saga Sek 26 nak bercaeramah dan berdailog dengan penduduk disini...

    tapi..malang sekali..Polis tak bagi kerana tak ada permit..dan bincang punya bincang..Polis tetap tak benarkan..

    lepas tu dalam jam angaran 1030 mlm... berceramah diteruskan juga di surau tmn Bukit Saga..

    Kata tak bolih berpolitik di masjid/surau..tapi dua mangkok ayun ni berpolitk juge.....

    tak sampai pun 30 orang yang datang ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.