"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan. Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.
"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."
Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.
"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."
"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."
Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman. Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.Ulasan Saya :
Kalau begitu Doa Nik Aziz, maka kami ahli-ahli UMNO juga akan berdoa, doanya seperti ini, "Ya Allah kami ahli-ahli UMNO sering dituduh sesat dan jahat oleh PAS dalam ceramah-ceramah politik mereka, maka Engkau berikanlah kesedaran kepada mereka agar mereka kembali kepanggal jalan serta menerima ajak UMNO untuk mewujudkan kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO. Kami juga sering dituduh sebagai menolak Agama-Mu, dan menzalimi rakyat Kelantan, maka Engkau tunjukkanlah kepada Nik Aziz, sesungguhnya kami sama sekali tidak menzalimi sesiapa pun. Ya Allah, Engkau berikanlah kesedaran kepada Nik Aziz dan pemimpim-pemimpin PAS yang lain. Amin"
sumber : blog azli shukri
Doa Niky Ajeh mustajab tak?? Agak2nya kalau Niky Ajeh doa tentera2 Zionis sampai pecah perut menjadi tak????
Ntah2 masalah dlman hamPAS & mala petaka yg menimpa rakyat & negeri Kelantan pun atas doa N.ajis kot? atau pun, adakah N.ajis ni jg yg mendoakn Keuzuran keatas DYMM Baginda Sultan Kelantan? Alamak...klu camni ni c N.ajis ni da kira pembunuh lh...Astargfirullah...
cuba sembahyang hajat satu stadium dulu utk memperbetulkankan otak karpal singh yg jelas menentang pendirian pas pasal hudud dan negara Islam....boleh x nik?
berdoa atas kehancuran saudara sesame Islam, kalau betul dizalimi digalakkan, tp takkan terlupe saudara Islam di tempat lain yang sedang dizalimi oleh Parti Sekutunya (harap maklum la Parti Sekutu yang mane yerr)...tak nampak2 ker? ke tutup mata..ini semua sebab politik jerrrr...