Ramai pemimpin bidas Nga Komeng pertikai peruntukan masjid

on Thursday, December 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini ramai pemimpin agama dan NGO membidas kenyataan Nga Komeng yang mempertikai peruntukan banyak kepada masjid oleh kerajaan Pusat.


Pengarah JAIS Selangor

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyifatkan kenyataan Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan pembinaan masjid adalah tidak wajar.


Menurut Khusrin, perkara seperti ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara.


"Perkara ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana agama Islam berada bawah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

"Sebelum ini tidak ada masalah dan tidak timbul perkara yang mencetuskan keharmonian antara agama di negara kita,” katanya.


Komen dari pemimpin PAS iaitu oleh Ustaz Nasha yang memberi amaran kepada DAP . Tahniah Ustaz Nasha yang tidak bersama beberapa pemimpin PAS yang lain termasuk Nik Aziz yang bacul dan sudah jual agama kepada Nga Komeng serta merestui segala apa yang dipertikaikan olehnya .


Timbalan Presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Nasharudin, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat.
"


JAKIM Bidas DAP

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membidas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana mempertikaikan peruntukan kerajaan bagi membina 611 buah masjid sepanjang tempoh 2000 hingga tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Ahli Parlimen DAP itu dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam.

''Harus diingat! mengikut Perkara 12 (2), Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri hanya boleh mengeluarkan peruntukan kepada agama Islam dan bukannya kepada agama lain.

''Nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksinya kepada kenyataan Kor Ming semalam yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina masjid sepanjang sembilan tahun sejak 2000.Perbelanjaan itu adalah melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

Mufti Perak , TS harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ahli Parlimen DAP negeri itu, Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam.

Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.

''Orang Islam tidak boleh membina masjid kecuali ada 40 pemastautin atau kariah di kawasan itu, kita bina masjid bukan sembarangan.

''Tapi yang penting di sini, beliau (Kor Ming) usah mencampuradukkan hal-hal agama orang lain dengan politiknya, ia hanya membangkitkan sentimen kebencian orang lain.

''Lagipun, orang Islam di negara ini tidak pernah komen agama orang lain," katanya.

Nga Kok Meng Biadab - PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan dalam membina masjid di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam kerana beliau menyentuh hal ehwal agama Islam yang tertakluk di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Tegasnya, tiada sesiapa pun berhak membangkitkan soal peruntukan untuk membina masjid walaupun atas tujuan meminta peruntukan yang lebih bagi aktiviti agama lain.

''Dia (Kor Ming) boleh mendesak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain, tetapi dia tidak boleh pada masa sama membandingkan peruntukan yang diberi kerajaan untuk pembinaan masjid.

''Bila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ia sudah menjadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama. Ini ibarat menyalakan api dalam sekam," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kerajaan tidak berhak beri satu sen pun - Aziz Bari

Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.

"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Menurut Abdul Aziz, perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.

Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12 (2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Dalam isu Kor Ming beliau berkata, terpulang kepada keberanian Pejabat Peguam Negara untuk bertindak menggunakan akta yang sama jika mereka merasakan telah berlaku hasutan.


Kita tunggu komen dari Tok Guru pulak ..YB Ustaz Nasha sudah memberi komen yang beliau tidak bersetuju tindakan Nga Komeng Komunis ini .

Adakah Nik Aziz akan berdoa turun bala kepada anak muridnya ini sama seperti Najib yang dituduhnya zalim dan tidak mengikut cara Islam ??





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.