Kewangan negeri Selangor bakal berdepan krisis

on Monday, December 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


SHAH ALAM 27 Dis. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) menjangkakan kerajaan negeri Selangor bakal mengalami krisis defisit kewangan yang lebih membimbangkan pada tahun depan.

Katanya, keadaan itu berlaku ekoran kegagalan kerajaan negeri menguruskan perbelanjaan melebihi RM2 bilion daripada peruntukan asal sebanyak RM1.4 bilion dalam bajet Selangor untuk tahun 2009.

''Perbelanjaan tersebut tidak setara dengan pendapatan yang diperoleh kerajaan negeri yang dilihat hanya mampu mencatatkan angka kurang daripada RM1 bilion untuk tujuan pembangunan di negeri ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah dakwanya, rizab kerajaan negeri juga semakin berkurangan apabila kerajaan negeri menggunakan rizab sedia ada untuk menampung kekurangan perbelanjaan tersebut.

"Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, rizab kewangan kerajaan negeri berjumlah kira-kira RM1.4 bilion manakala pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan angka RM11.8 bilion untuk tempoh sebelum Mac 2008.

"Bagaimanapun, saya difahamkan jumlah rizab kerajaan negeri ini semakin susut manakala pendapatan yang diperoleh tidak menyamai sasaran yang ditetapkan termasuk hasil pelaburan yang hanya mencatatkan RM4 bilion sehingga Julai lalu,'' ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan dasar-dasar yang hanya meningkatkan bebanan kewangan negeri seperti pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang menelan kos sebanyak RM100 juta dan pembelian tanggungan hutang Talam Corporation sebanyak RM391 juta tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, Mohamad Khir turut mempersoalkan hasil yang diperoleh kerajaan negeri, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu daripada perlombongan pasir yang hanya mencatatkan RM4 juta sedangkan unjuran yang dibuat ialah RM170 juta setahun.

Katanya, jumlah berkenaan menunjukkan perbezaan yang besar dan seolah-olah wujud kemungkinan berlaku ketirisan dalam aktiviti perlombongan pasir yang diuruskan oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang ditubuhkan untuk menguruskan sumber itu.

"Saya minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai kekurangan hasil pasir ini termasuklah dasar yang membenarkan tanah milik kerajaan negeri untuk tujuan melombong pasir.

"Ketika BN mentadbir dahulu, kita tidak benarkan aktiviti melombong pasir dilakukan di atas tanah milik kerajaan negeri.

"Kita hanya benarkan di tanah-tanah persendirian dan kerajaan negeri memperoleh hasil daripada doket atau cukai pasir yang dikenakan ke atas syarikat perlombongan terbabit," jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan krisis kewangan yang melanda Selangor ketika ini.

Utusan Malaysia difahamkan, Abdul Khalid ketika ini sedang bercuti di India sehingga hujung Disember ini.


One Response

  1. Anonymous says:

    BODO BTOL PNY LEMBU!!!

    KEJE X BUAT!!!

    NK CUTI JE!!!

    TUN MAHATHIR PON PAYAH NAK AMEK CUTI!!!

    KALID LEMBU BODO!!!

    HA ELOK LA 2 BCUTI KAT NGARA ASAL DIE...

    KN DIE SLALU "BELA" BANGSA DIE....

    MLAYU DA JDI PNDATANG KAT SLANGOR!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.