Mujahid buat lawak pandai pulak minta bukti dan jadi anak jantan

on Friday, August 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


FITNAH TUDUH SALLEH : MUJAHID CABAR BLOGGER JADI ANAK JANTAN
Wartawan Harakahdaily Thu Aug 20, 09 12:58:55 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.
Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pandai pulak PAS meminta dan mencabar pihak yang menuduh calon PAS PRK Permatang Pasir agar penulis blog ini memberikan bukti dan jangan baling batu sembunyi tangan.

2. Dalam hal ini mungkin PAS dan PR terlupa bahawa mereka juga membuat perkara yang sama terhadap Pm kita dengan menuduh PM dengan berbagai tuduhan contohnya. Dalam idu atlantuya mereka menuduh berbagai perkara bahawa PM terlibat dan isteri PM terlibat. Bukti tidak diberi. habis tempat dan padang berdemo dan memekik bahawa PM terlibta sehinggakan pada satu peringkat menghantar memo kepada DYMM Agung agar tidak mengesahkan perlantikan DS Najib sebagai PM.

3. Mana buktinya dalam kes PM? Adakah PAS pernah berikan dan kemukakan kepada pihak polis? Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Adakah pernah sekali PAS memberikan buktinya? Tiada jawapannya. Hanya fitnah.

4. Jadi dengan lain perkataan, jika kita mahukan pihak lawan kemukaan bukti dan jangan bersifat baling batu sembunyi tangan maka PAS juga wajib menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama dan bukan setiap hari melemparkan fitnah.

5. Kata dulang paku serpih, kata orang PAS yang lagi lebih.....................


by - PenghuniGua


3 Responses

  1. Datu Sulaiman says:

    Sesiapa yang rasa teraniaya dengan tuduhan palsu hendaklah mendakwa pihak yang menuduh di mahkamah.Ini penting untuk mengelakkan fitnah menjadi berlaluasa.

  2. Tok Pambu says:

    UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

    Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

    Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

  3. Unknown says:

    Saya mendoakan agar UMNO (BN) akan memenangi PRK Permatang Pasir ini dan saya berharap agar Pas dapat di kalahkan dan kerusi Permatang Pasir dapat di tawan kembali oleh BN. Pembangkang memang pandai berkata2 bermain dengan kata-kata, terutama Pas yg mana saya kira telah terpesong jauh dari ajaran islam yg sebenarnya. Kita lihatlah Nik Aziz Nik Mat (bukan Tuan Guru) dah mula nyanyok (loghat utara) merebel tak tentu kehala, dan saya juga bersependapat dengan Tun Mahathir yg mengatakan bahawa beliau bangga sebab kita ada seorang yg boleh menentukan siapa masuk syurga siapa masuk neraka itu dah kira hebat tu. Cuba kita renungi bila Nik Aziz kata penyokong UMNO atau ahli UMNO tak boleh masuk syurga adakah dia tu tuhan, kalau begitu macamana dengan umat-umat yg terdahulu yg bukan orang Pas bukan Penyokong Pas seperti Nabi Muhammad saw, sahabat2 baginda isteri baginda dan umat islam yg bukan ahli Pas mesti tak masuk syurga kan hanya yg masuk orang-orang Pas sahaja jadi tok nenek depa yg bukan ahli Pas tak boleh masuk syurga lah hebat sungguh Nik Aziz hebat dari Nabi yg boleh tentu kan seseorang itu layak ke syurga atau tidak. TAHNIAH saya ucapkan..tapi ingatlah syurga neraka adalah hak mutlak allah oleh sebab gilakan kuasa takut kalah pilihanraya ugama di permainkan bangsa lain yg baca surah bila berceramah pun di halalkan apakah ini islam yg dibawa oleh Pas yg rata-rata adalah golongan ulama yg tahu hukum-hukum islam, hairan bin ajaib lagi satu saya amat sedih bila melihat para-para demontrasi terdiri dari orang-orang melayu mana DAP semuanya bangsa melayu ini bermakna Pas dan melayu dalam Pas dalam PKR telah di peralatkan oleh DAP dan bangsa lain dalam PKR yg mana anwar menjadi dalangnya. Ingatlah wahai orang-orang melayu Pas & PKR insaflah Malaysia ini adalah hak melayu ketuanan melayu jangan di biarkan negara kita di ambil oleh bangsa lain dan ingatlah wahai bangsa ku pulanglah ke pangkal jalan insaf lah kepada Parti Pas ikuti lah ajaran islam yg sebenarnya janganlah ugama di permainkan demi kepentingan politik nanti buruk akibatnya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.