N11: P.Pinang huru hara dibawah PR.

on Thursday, August 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jika dahulunya DAP mewar-warkan untuk melaksanakan keadilan sepenuhnya di negeri Pulau Pinang, kini ternyata semuanya bohong ! Rakyat di Pulau Pinang semakin jelak dengan sikap pemimpin2 DAP yang semakin 'besar kepala' dan semakin tidak peduli akan keluhan serta rungutan dari penduduk miskin Pulau Pinang.''

Jika dahulunya Pas berbangga dengan 'khalifah Lim', kini Pas terpaksa menggigit jari berikutan kezaliman 'khalifah' tersebut kepada rakyat negeri ini khususnya penduduk kampung Buah Pala yang dijanjikan pendudukan tetap dikampung tersebut dan penduduk di tanah seberang yang dijanjikan 'tol percuma' pada PRU12 lalu.

Yang banyak dilihat cuma pembinaan pusat2 hiburan dan pub2 di serata negeri. Indeks jenayah serta maksiat juga semakin meningkat dibawah kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP. Pusat2 GAY serta homoseksual juga mula muncul yang sebelum ini tidak wujud langsung semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Pas pula terpaksa tunduk kepada perintah DAP yang majoritinya menguasai kerusi pemerintahan Kerajaan Negeri.

Dahulu, biarpun pemimpin Gerakan menjadi Ketua Menteri tetapi kebajikan serta sensitiviti masyarakat Islam tetap diutamakan. Umno pula sentiasa berkerjasama erat dengan pemimpin Gerakan didalam memantau setiap keperluan masyarakat negeri Pulau Pinang. Tidak seperti Pas yang hanya menjadi ‘budak suruhan’ kepada DAP biarpun mereka didalam satu Pakatan.

Jadi, penduduk di DUN N11 Permatang Pasir harus menyedari kepincangan yang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP. Masyarakat di Permatang Pasir juga harus menyedari bahawa Pas tidak mampu menyuarakan keluhan serta keperluan mereka kepada kerajaan negeri. Hanya Umno/BN yang mampu membantu serta membawa kesejahteraan di Permatang Pasir.

Jika Umno/BN menjadi pilihan masyarakat di Permatang Pasir, InsyaAllah kawasan Permatang Pasir akan menjadi ‘anak emas’ kepada kerajaan Barisan Nasional.

Buatlah pilihan yang tepat demi kesejahteraan masa depan.


sumber : pusakayahanda


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.