Tips untuk Orang UMNO bila berdepan dengan puak-puak PAS

on Sunday, August 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


petikan asal dari Utusan Malaysia.

Perangai Pas pelik tapi benar

*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

sumber : abemie


4 Responses

  1. Unknown says:

    inilah punca-punca golongan muda dah xnak sokong bn..hidup pakatan rakyat...biar puak-puak bn meludah ke langit

  2. Ezad says:

    kesian..
    dah bagi perbandingan, masih tak sedar diri..

    bukan tak sedar diri.. tapi dah buta hati

  3. Anonymous says:

    Macamana hudud nak dilaksanakan kalau kerajaan pusat tidak meluluskan keran ini bukan kuasa mutlak kerajaan negeri..kata kerajaan pusat lagi hudud tak relevan..
    Hukum yang allah ciptakan dikatakan tidak relevan?astagfirullah hal azim...Allah maha mengetahui apa yang diciptakan Nya..

  4. puak pas sendri yg ckp xdk keutamaan nak lksana so?? apa kejadahan kah ini?? still nak salh umno jgk ka????
    sat nk lksana hudud, sat xmau lksana, sat tgh2.. apa ni??? xketahuan sungguh.. nmpk sgt hmpa kemaruk kuasa sampai tera tu noh. dasyat..

    pokok persoalan nya kt cni: yg org umno hmpa dok kata tolak hudud.. k fine. tp yg ahli2 ulama yg hmpa dok snjung sgt tu dok ckp xmau buat hdud tu hmpa xnmpk plak?? mmg betoi hmpa nie buta dsbbkn ketaksuban melampau!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.