..

..

PRK Prmtg Pasir : Penamaan Calon selesai tetapi Gobala bikin drama

on Monday, August 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Blog PAS menipu dengan menulis Pemimpin BN ramai tidak turun . Pemimpin BN semua ada TPM , Dato Hisham , KJ ,Datuk Liow , Tan Sri Koh ,Datuk Shahrizat, Ketua Puteri, Datuk Tengku Adnan .mungkin puak2 PAS ini tak kenal kot sebab tengok pemimpin BN pakai mask .haha


Sidang Media bersama TPM selepas selesai penamaan calon di IKBN


Dato Seri Hishamuddin turut hadir memberi sokongan kepada Calon BN


Penyokong BN sekitar 1000 orang adalah semuanya dari jentera UMNO PP dan bukan seperti PAS mengharapkan orang luar datang .


Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin bersama Pemuda UMNO


Briged Putera UMNO Malaysia juga hadir memberikan sokongan


Pasukan khas Pemuda UMNO PP , Hidup UMNO !! Pemuda Gempur !!


YB Khairy belanja kepada Pemuda yang berada di situ iaitu air minuman di gerai berhampiran pusat penamaan calon

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN dan PAS. Calon BN Rohaizat Othman yang menyerahkan borang pencalonan jam 9.03 pagi di pusat penamaan calon akan bertemu dengan calon PAS, Salleh Man pada pilihan raya 25 Ogos 2009.

Selepas kedua-dua calon menyerahkan boring pencalonan masing-masing, di saat-saat akhir calon Bebas yang pernah bertanding pada tiga pilihan raya kecil yang lalu, Kamarul Ramizu dating ke pusat penamaan calon tetapi tidak sempat untuk menyerahkan borang pencalonannya.

Setelah tamat tempoh penyerahan boirang pencalonan, sebanyak 15 bantahan dikemukakan terhadap pencalonan calon BN dan PAS. Namun selepas meneliti semua bantahan, Pengurus Pilihan Raya Permatang Pasir mengumumkan tiada bantahan yang diterima dan dengan itu kedua-dua calon akan bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Sepanjang tempoh penamaan calon, para penyokong kedua-dua parti memperlihatkan kematangan dan proses perarakan berjalan lancar.

Tapi yang kejadian provokasi pembangkang mula berlaku apabila kira-kira jam 11.15 pagi, Ahli Parlimen PKR kawasan Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang memang terkenal dengan gelagat provokatifnya telah membuat tindakan yang akhirnya mengundang kekecohan. PB yang berada di di dalam kawasan penyokog BN mula melihat gelagat penyokong pembangkang yang cuba melepasi barrier polis dan ingin tunjuk samseng di depan penyokong BN bila Gobala start dulu mengejek BN dan pemimpin BN .


Penyokong PAS sekitar 5000 orang ,itupun mereka ini semua dari luar


Pihak polis yang berada di situ seterusnya cepat meluru ke penyokong PAS dan meminta Gobalakrishnan menghentikan perbuatannya dan meminta beliau beredar ke kawasan yang disediakan untuk para penyokong berkumpul. Beliau enggan malah mula mencabar polis dan berlakulah tolak menolak. Dalam erti kata sengaja cari pasal, Gobalakrishnan akhirnya berlakon terjatuh dalam pergelutan hingga membawa pihak kselamatan menghubungi ambulans untuk membawa beliau keluar daripada kawasan berkenaan.

Insiden itu berlaku di depan penyokong PAS dan penyokong BN . Memang kurang ajar betul Gobala yang sukan buat kecoh sehingga beliau dikatakan cuba menampar polis yang menahannya jika kita melihat dalam rakaman video pihak media. Ini semua drama lakonan Gobala yang lazimnya dia akan cuba bikin kecoh pada hari penamaan Calon .


2 Responses

  1. salam

    memang dia cari pasal tapi sedihnya ada juga melayu pas dan pkr percaya lakonan di india seorang ni...

    dimanakah tahap kematangan menaganalisa melayu pas dan pkr ???

    salam

  2. Anonymous says:

    haah sama la cam samy vellu
    dari parti BN TUUU
    TIPUU RAKYAT JERR KERJE NYERR
    nak buat cmnaer nama pon BN
    terimaa jer laa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.