Ahli Pas jangan hanya jadi 'pak turut' - Khairy

on Sunday, August 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Ahli Pas jangan hanya jadi 'pak turut' - Khairy

ROMPIN 15 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ahli-ahli Pas jangan hanya menjadi pak turut kepada pemimpin mereka yang sanggup mengorbankan prinsip parti itu demi kuasa dengan membenarkan DAP menghina Islam.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas tidak sepatutnya hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin mereka membenarkan parti dalam pakatan pembangkang sendiri menghina Islam, kerana ia melibatkan soal identiti, agama dan bangsa.

Jelas beliau, walaupun UMNO boleh bertindak dari luar (mempertahankan Islam daripada dihina oleh pihak lain), tetapi ahli-ahli Pas sendiri perlu bangkit menegur pemimpin mereka yang sanggup mengorbankan prinsip parti itu semata-mata kerana kuasa, termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, tindakan Nik Aziz itu merupakan trend yang tidak sihat untuk politik negara.

"Kalau pemimpin Pas bertanggungjawab, mereka tidak akan mengizinkan DAP menghina Islam. Mereka sepatutnya menegur dan jangan memberi peluang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menutup mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Rompin 2009 di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah di sini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rompin yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Naib Ketua UMNO Bahagian yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang tidak membantah segelintir pemimpin DAP menghina Islam dengan alasan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kerana kuasa Pas yang dahulunya mendakwa memperjuangkan Islam, kini membenarkan DAP menghina agama suci itu.

"Pas pada awalnya kata tindakan DAP tak boleh kerana ini penghinaan kepada Islam, tetapi akhirnya Nik Aziz kata tak apa kalau DAP nak hina Islam sebab mereka bukan parti Islam. Itu fatwa atau alasan yang diberikan oleh Nik Aziz.

"Di Selangor daripada dulu dia (Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali) kata tak boleh jual arak, tetapi akhirnya boleh pula sebab nak kuasa. Apa sudah jadi dengan Pas. Dulu nak negara Islam tetapi hari ini apa sahaja pun boleh dihalalkan kerana nak kuasa,"
katanya.

PB kata untuk juak-juak PAS jangan jadi " Pak Angguk "

Link

Kebebasan Bersuara: DAP Hipokrit


3 Responses

  1. sokong che det says:

    Sian abg ko pejuang....siapa nak percaya cakap khairy lagi...geng khir toyo dan Muhkriz memang bengang kat abg ko nie...sayang ye...sepatutnya dapat la jawatan atau post menteri....

    sekarang baru la nampak Khairy berjuang atas kakinya sendiri....dulu dok menempek kat pak lah...apa-apa pun hidup Mukriz.....mukhrizlah pejuang sebenarnya yang layak berhadap dengan pas...khairy saja nak cari publisiti murahan

    hidup Mukhriz!!!!

  2. Anonymous says:

    betul tu mukhriz la pejuang yang sejati.KJ tu pun hidup atas dasar politik wang,orang macam ni ke yang nak berdepen dengan pas yang terkenal dengan ilmu agamanya...kj tak layak jadi pemimpin,
    Satu lagi yang aku tak suka ialah sikap orang umno ni suka membangkitkan isu yang sudah lama seperti kesilapan MB kelantan yang tersilap menggunakan perkataan 'takpa'dalam isu penghinaan terhadap islam.namun sehari selepas itu MB kelantan dengan berani mengaku kesilapannya itu dan memohon maaf secara terbuka namun hanya setengah media sahaja yang menyiarkannya,kata MB kelantan sepatutunya beliau menggunakan perkataan 'tak pelik' bukan perkataan 'tak apa',lagipun dalam loghat kelantan ramai orang luar tidak pandai menterjermahkan kedalam bahasa melayu standard.
    Ramai orang mengutuk kenyataan MB kelantan itu,namun tanpa kita sedari kita juga banyak menghina islam kerana dakwah kita hanya tertumpu kepada kaum melayu saja bukan kepada semua kaum seperti yang dituntut oleh nabi,sebab itulah kaum lain dengan mudah menghina islam,contoh lain lagi ramai orang kita tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki ole syariat,pakai tudung letak je kat kepala,pakai baju ketat apakah itu tidak menghina islam namanya,contoh lagi,siaran tv banyak menyiarkan rancangan hiburan yang melalaikan,cerita yang tak sesuai dengan agama islam dan adat ketimuran,lgi pusat judi.hiburan dan semua lagi yang haram disisi islam diwujudkan,apakah kita tak menghina islam,sebab itulah orang bukan islam berani menghina kita orang islam...kita menghina islam sebenarnya namun kita tidak melatah kerana itu juga kehendak kita,namun bila ada orang alim tersalah cakap dan terus mngaku kesalahan memohon maaf,namun kita terus menghukum dia,,,apakah tindakan kita terhadap diri kita sendiri,adakah kita mengaku kesalahan kita dan ingin memperbetulkannya.MUHASABAH LA DIRI WAHAI ORANG ISLAM SEMUA..

    aku bukan orang politik namun aku insan yang beragama islam yang sayangkan saudara-saudari ku yang seagama dengan ku tidak kira melayu,cina,india,iban dan lain lain bangsa selagi ia bergelar islam

  3. Anonymous says:

    marilah kita dgr ckp KJ
    ketua plitik wang@ kaki rasuahh
    yg menyokong nyer pon sama
    ehhh mana SPRM ni ekkk
    apadehal janji masyukkkkkkk

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.