NIZAR BONEKA: Terang dan jelas Pakatan kaki fitnah - Zulkifli Nordin

on Wednesday, August 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin hari ini mendesak ahli-ahli Pakatan Rakyat supaya menghentikan fitnah ke atas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan menjadi ADUN Bebas.

"Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com/ semalam.

Beliau berkata, Radzhi meletak jawatan dalam Pakatan kerana masalah-masalah polisi dan prinsip dan bukannya berkaitan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Zulkifli, segelintir ahli-ahli PKR menuduh Radzhi meletak jawatan kerana pelbagai sebab termasuk beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masalah disiplin dan ada yang menuduh beliau menerima rasuah sebanyak RM4 juta daripada Umno.

"Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita (Pakatan) menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai," katanya.

Zulkifli berkata, Radzhi sangat komited dan berdedikasi semasa menjalankan tugasnya sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia dan hanya Sultan Kedah mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada beliau perlu kekal sebagai Exco.

Dalam blognya, Zulkifli turut memberitahu mengenai usaha-usaha yang dilakukan Radzhi untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi "syariah compliance" dan "halal tourism" untuk menarik lebih pelancong dari Asia Barat.

"Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah.

"Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini," katanya.

Berhubung isu kaum Melayu di Malaysia yang tidak bersatu sejak pilihan raya umum 2008, Zulkifli berkata, Radzhi adalah antara orang yang paling sedih tentang perkara itu.

"Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar," katanya.

Zulkifli berkata, Radzhi turut berhadapan dengan masalah kewangan untuk memantau dan menguruskan DUN Lunas.

Katanya, ADUN daripada Pakatan terutamanya di Kedah tidak menerima sebarang bantuan kewangan atau dana.

"Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan," katanya.

Zulkifli turut mempersoalkan mengapa ahli-ahli Pakatan mendesak Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN sedangkan semasa ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dan kemudian kembali semula menyertai Umno, PKR tidak memaksa beliau meletak jawatan.

"Melainkan kita ini pengamal fahaman 'double-standard', saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten," katanya.


Komen PB

PKR KEDAH ibarat Kapal nak karam . Memang lawak betul puak2 PKR termasuk pimpinan mereka .Bila Adun PKR lompat menjadi BEBAS ,punya lah bising macam nak mampus ,suruh letak jawatan la tetapi bila Adun BN lompat ke PKR , punyalah puji gila spt Chua dan zaid ibrahim .. PKR memang parti anak haram hipokrit la .. You all memang DOUBLE STANDARD !!

PKR Kedah aku rasa balik muhasabah diri itu sebelum nak fitnah bukan-bukan di bulan puasa ini . Zulkifli Nordin sendiri cakap

" Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita,"

Mungkin Zulkifli Nordin tahu cerita sebenar sebab mengapa Radzi keluar PKR dan adakah beliau juga akan mengikut jejak Radzi meninggalkan parti yang diketuai pengkhianat Melayu ,Anwar Al Juburi.Sama-sama kita tunggu ...



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.