Rohaizat sedia jawab segala tuduhan PAS terhadap dirinya

on Monday, August 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



BUKIT MERTAJAM 16 Ogos — Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman berkata beliau akan menjawab segala tuduhan dah tohmahan yang dilemparkan parti pembangkang terhadapnya.

Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh itu berkata beliau bersedia menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapinya berikutan kesediaannya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

“Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya,” katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

Rohaizat yang bertugas sebagai penasihat undang-undang syariah itu diminta mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa beliau disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata Hafarizam akan membuat penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

Diminta mengulas peluangnya sebagai calon yang mungkin terjejas berhubung dakwaan itu, Rohaizat berkata ia adalah isu lama yang telah selesai.

“Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu,”
katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizat, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

- BERNAMA

Komen PB

PAS kini terdesak dok korek dan gali isu-isu peribadi yang lama sehingga sanggup minta Majlis Peguam tolong. Memang ini taktik kotor PAS yang telah bermula menyerang peribadi Calon BN . Calon PB Salleh Man itu sapa ??aku pun tak kenal.haha Bukan dikenali pun di Prmtg Pauh ini kerana dia orang Kepala Batas. Jadi ,PAS nampak calon BN adalah dari anak tempatan Prmtg Pauh sendiri ,dan mereka kini mula untuk cuba menyerang peribadi Calon BN .


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Belum kempen mula pas dah mula cari aib peribadi calon BN. Majlis Peguam nie badan bebas ke? ? ? Rasa2 condong ke puak2 pengkhianat. Inilah ajaran songsang parti konon Islam. Tok2 guru semua bagi fatwa menyeleweng.

    Berdosa orang2 UMNO sebab beri peluang kepada yang bukan ahli untuk memerintah negara. Tengok saja la ape jadi kalau bukan ahli layak memerintah, tunggang terbalik. Habis hukum hakam Islam dilanggar, Sultan & Raja2 dihina malah undang2 pun tidak dipatuhi.

  2. Anonymous says:

    Bukan tak suka...tapi memang calon kurang sesuai.....jangan dok jadi bingai....selama nie umno terlalu sombong..mengganggap semua di malaysia ini hak miliknya...kekalahan melalui pilihanraya pun tak boleh terima.....
    isu rasuah dan cantas mencantas di kalangan pemimpin umno sudah terlalu biasa

    sistem kehakiman dirosakkan

    sistem raja dihina melalui pindaan perlembagaan.

    orang melayu dikhianati dari segi tanah(tanah rizab melayu dari 7 juta hektar dah tinggal 3 juta)

    royalti hakmilik anak bangsa melayu(tak kisah la,pas ke umno ke,sepatutnya dapat) dirampas seperti di kelantan dan trengganu....

    sudah anony umno woiii....balik la ko.....

  3. Anonymous says:

    sebenarnya yang memulakan dulu serangan peribadi ialah dari orang umno kalu tak kau siasat dulu,jangan kita terima bulat2 apa yang disampaikan ada akal pakai la..bukan untuk disimpan,,,menghadkan kuasa raja2 menghina raja2 siapa yang mulakan kalu tak umno,,,Dikelantan dulu anuar musa melantik raja dibawah pokok lg,memealukan betul.Dr.M pula meminda sistem perlembagaan yang menghadkan kuasa mutlak raja2,,Kemaksiatan terus bermaharajalela kerana pusat2 judi,hiburan semakin banyak dibuka,arak pula dijual secara bebas malah 3 orang melayu(bukan islam kot)dilantik menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat arak terbesar carlsbeg dan anchor...siapa dia orang ni semua kalu bukan orang melayu dari umno...Siapa yang memberi lesen judi kalu bukan melayu umno...banyak lagi la,tapi kita tak sedar sebab kita juga menyokong maksiat....renung,,fikir dan cari lah jawab yang terbaik

    aku adalah aku

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.