Semalam dalam jam 3.00 pagi , PB mendapat maklumat Pemuda PAS Kg Pelet yang kebanyakkan terdiri daripada orang luar yang tidak dikenali datang dari markas mereka dalam 30 orang bermotorsikal ke Bilik Gerakan BN Kg Pelet.
Ketika itu ,lebih 20 orang Pemuda UMNO Kg Pelet sedang asyik menonton vcd filem yang dipasang di dalam bilik gerakan . Mereka dengan berlagak dan angkuhnya sebab mereka ramai mengarahkan kain rentang Take Beer ini diturunkan di kawasan bilik gerakan BN Kg Pelet.
Kain rentang itu pun diturunkan oleh setelah berbincang dengan ketua mereka. Dahulu semasa PRK Prmtg Pauh dulu mereka pernah juga mai serang Bilik Gerakan BN Kg pelet ini juga kerana ingin pukul seorang pemuda yang membawa risalah untuk diedarkan di setiap bilik gerakan BN.
PAS Kg Pelet kini tertekan dengan UMNO .UMNO banyak melakukan program-program sejak mulanya selepas penamaan calon lagi dan ia mendapat sambutan oleh penduduk kampung. Pihak RISDA juga telah membina sebuah rumah untuk satu keluarga yang miskin tegar dan hari ini juga mereka akan datang lagi ke sebuah rumah lagi untuk melihat sebuah keluarga yang rumahnya sudah uzur untuk dibina rumah baru yang lebih selesa. PB harap akan peti undi Kg Pelet pada PRK Prmtg Pasir akan kembalik semula ke tangan BN setelah tewas pada PRU 12 dan PRK Prmtg Pauh.
yang salah tetap salah. Dalam perjuangan Islam, tiada kepartian. Sekarang ini sokong UMNO /BN dah jadi kemestian untuk selamatkan ugama Allah itu. PAS sebagai kuda tunggangan DAP tak boleh diharap! Hapuskan PAS dan Take Beer palsunya di negeri negeri Melayu. Allah Hu Akbar