PAS terdesak mahu serang peribadi Calon BN

on Sunday, August 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS CUBA BANGKITKAN HAL PERIBADI CALON BN

Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman sudah bersedia untuk menyangkal apa jua tuduhan yang bakal dibawa Pakatan Rakyat, yang diwakili PAS, semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

"Saya sudah bersedia (untuk menghadapi) dan sedar bahawa mereka akan menggunakan serangan peribadi (ketika kempen)," kata beliau ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai dekat sini sebentar tadi.

Menurut Rohaizat, peguam dari Ibu Pejabat Umno akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya petang ini.

Malam tadi ketika ditemui mStar Online di Sungai Dua dekat sini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya mempunyai "satu isu penting yang akan digunakan" dalam kempen kali ini.

Isu tersebut berkaitan dengan calon BN, kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun jelas beliau, isu tersebut hanya akan digunakan jika keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

"Beliau ada masalah, kita akan dedahkan nanti jika keadaan mendesak. Bagaimanapun kami tidak akan menggunakan serangan peribadi," kata beliau yang sebelum itu menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Sungai Dua.

Rohaizat, 38, diumumkan sebagai calon BN kelmarin. PAS juga mengumumkan calonnya - Mohd. Salleh Man, 52, kelmarin.

Rohaizat merupakan Setiausaha Umno Permatang Pauh manakala Salleh pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

PAS bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pasir - kerusi tunggal parti itu di DUN Pulau Pinang.

Penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan pagi esok.

Ketika ditanya sama ada tindakan sedemikian akan menjejaskan peluang di Permatang Pasir, Rohaizat memberitahu: "Saya tidak fikir begitu."

"Kami akan menjawab," kata Rohaizat sambil menambah, beliau sedar isu yang cuba hendak dibangkitkan oleh PAS itu.

Sambil menekankan bahawa beliau bukan peguam yang amalkan khidmat guaman secara langsung, Rohaizat menjelaskan, isu itu sebenarnya tiada kaitan dengannya.


3 Responses

  1. Parti Pas semakin tidak waras. Terdesak menggunakan serangan peribadi ke atas calon. Nampak sangat perjuangan Pas dah tersasar dari landasan Islam.

  2. Anonymous says:

    hahahaha
    sebenarnya siapa yang buat serangan peribadi keatas siapa?
    siasat dulu

  3. Anonymous says:

    aku rasa PAS yang akan mula serangan peribadi calon ..Mereka sudah kata Rohaizat ini bukan peguam la ,lesen sudah tamat ,mcm2 lagi la .

    kita biarkan mereka ini ,jangan dilayan serangan sebegini, BN akan tumpukan attack kepada dasar parti PAS berhubung isu penghinaan agama islam ,arak , dan kerajaan negeri PP .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.