Khalid supporter Arak marah rakyat buat aduan Arak kepada MBSA

on Sunday, August 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyalahkan penduduk Seksyen 8 yang membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung penjualan arak ke atas umat Islam oleh sebuah kedai serbaneka di kawasan itu, Julai lalu.

Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

''Mereka (penduduk) tidak tahu cara nak selesaikan. Selalunya, orang lebih suka pukul dahulu, kemudian baru nak selesaikan atau bincang.

"Maka, sebab itu kerajaan negeri mengambil langkah yang lebih bijak daripada mereka (membenarkan penjualan arak dengan konsep kawalan sendiri)," katanya.


Komen PB

Ini apa punya pemimpin Melayu ,sudahlah hang benarkan penjualan arak diteruskan dengan jayanya , ini hang nak salahkan rakyat beragama Islam pula apabila mereka membuat aduan kepada PBT supaya melarang arak dijual ditempat mereka. Inikah pemimpin yang boleh pejuangkan Islam dan Bangsa Melayu !!

Itu kira baguih la rakyat Shah Alam buat aduan di MBSA saja ,tak pergi report kepada pihak media ka mai buat liputan . Itu pun pemimpin melayu seperti khalid ibrahim marah pulak kepada mereka. Aku yakin taubat lepas ini penduduk Shah Alam tak undi dah kepada Pakatan lagi . Pakatan yang dikatakan dengar suara rakyat tetapi sebenarnya dengan suara sebelah pihak sana saja iaitu kaki minum arak serta peniaga arak yang kaya .

Jika kerajaan negeri mengambil langkah yang lebih bijak daripada mereka (membenarkan penjualan arak dengan konsep kawalan sendiri ,Aku nak tanya apa maksud itu khalid ?? Tahukah khalid woii sapa yang kerja di 7 Eleven itu , kebanyakkanya anak melayu .Kau suka la anak Melayu itu dapat dosa dengan menjual arak ?? memang sah ini lah seorang lagi pengkhianat Melayu !!


Link

HASSAN ALI BERTINDAK BERDASARKAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH BN/UMNO 1995


One Response

  1. Anonymous says:

    siapa yang dulu menghalalkan yang haram seperti pusat judi,disko,lesen arak dan bagaimana dengan 10 lesen lucky draw yang diberikan tanpa perlu diminta

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.