Banyak isu yang sedang berlaku di Permatang Pasir sekarang, yang melibatkan jentera Pakatan Pembangkang. Apa yang menariknya isu-isu ini berjaya ditutup dengan memainkan sentimen peribadi calon BN atas arahan Anwar Ibrahim dan mengingkari arahan atau amanat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mana Tuan Guru sendiri memberi jaminan isu peribadi tidak dimainkan oleh jentera PAS di Permatang Pasir.
Tetapi jika difikirkan, seburuk mana calon BN pun ia tidak dapat menafikan bahawa kini Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir kian rapuh dan sedang bergolak di antara mereka.Apa yang menyedihkan permulaan isu-isu ini berlaku adalah melibatkan hal remeh-temeh dan melibatkan soal wang serta kroni.Adakah hal remeh-temeh ini lebih penting daripada Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir?
Kumbang persilakan anda semua untuk menilai perkara-perkara ini yang akan didedahkan secara bersiri oleh Kumbang sehingga hari mengundi 25 Ogos nanti dan anda nilaikan sendiri adakah ini sebenarnya gabungan parti 'impian kita' untuk memajukan negara.Pendedahan Pertama,Pergerakan Wanita PKR Pulau Pinang dikatakan tidak akan membantu gerak kerja kempen PAS kerana terkilan dengan kenyataan muslimat PAS bahawa mereka tidak memerlukan bantuan dan hal ini turut disebabkan tindakan muslimat PAS yang tidak membantu kempen wanita PKR di PRK Penanti yang lalu.
Ini disusuli dengan maklumat yang Kumbang terima bahawa Jentera PAS di Permatang Pasir kini dikatakan tidak mendapat bantuan dari jentera kempen PKR dan DAP disebabkan faktor-faktor berikut:-Iaitu jentera PKR dan DAP dikatakan tidak berpuashati terhadap tindakan Allahyarham Dato’ HAMDAN ABD. RAHMAN, bekas Adun Permatang Pasir yang didakwa lebih mementingkan ahli-ahli PAS dan kroni-kroninya sahaja dalam perlantikan ahli jawatankuasa setiap program atau organisasi yang beliau ketuai serta mengenepikan ahli-ahli PKR dan DAP.
Ahli-ahli PKR dan DAP di Permatang Pasir juga dilaporkan kecewa terhadap PAS kerana tidak membantu gerak kerja kempen dalam beberapa PRK sebelum ini khususnya dalam PRK DUN PENANTI.Mereka dikatakan ingin membalas dendam dan ingin memboikot jentera PAS di Permatang Pasir.
Ini dibuktikan dengan laporan sebuah badan NGO berteraskan kebajikan (nama dirahsiakan) yang mendapati seramai lebih kurang 700 pengundi dari kalangan ahli PKR dan golongan atas pagar akan kembali mengundi UMNO.Tindakan ini dilakukan atas faktor-faktor berikut:-Antaranya PAS gagal melaksanakan janji untuk memberi sebanyak RM 600 sebulan kepada penduduk miskin ekoran wujudnya penyelewengan di peringkat tempatan dan di dalam pengagihan dana tersebut.
Hal ini turut juga disebabkan sikap pilih kasih Allahyarham Dato HAMDAN ABD. RAHMAN berkaitan bantuan kebajikan dan kelulusan projek-projek pembangunan yang hanya tertumpu kepada ahli-ahli Pas sahaja dan mengabaikan ahli-ahli PKR dan DAP.Untuk rekod, Kebanyakkan tender-tender projek di Permatang Pasir hanya diperolehi oleh ahli-ahli PAS dan kroni-kroni Allahyarham Dato HAMDAN ABD. RAHMAN sahaja.
Kesimpulan
Kepada para pengundi semua lihatlah apa yang kini sedang berlaku di Permatang Pasir.Jentera PAS,PKR dan DAP saling berbalas dendam terhadap apa yang berlaku di antara mereka sebelumnya.Anwar Ibrahim yang menyedari perkara-perkara ini awal-awal lagi telah bertindak mengalih perhatian pengundi dengan mengarahkan penceramah dan jentera PAS untuk menyerang peribadi calon BN,Rohaizat.
Justeru itu Kumbang mohon penduduk Permatang Pasir kembali menilai, adakah mereka ingin mengundi PAS kerana PAS berjaya membawa kemajuan di Permatang Pasir atau pun mereka ingin mengundi PAS kerana kononnya calon BN mempunyai banyak keburukkan, sedangkan Pakatan Pembangkang juga kini sedang berpecah-belah disebabkan sikap pilih kasih dan rekod buruk PAS.Kumbang tinggal persoalan-persoalan ini untuk para pengundi nilai dan renung-renungkan.Kumbang bukan mahu memburukkan Allahyarham Dato HAMDAN ABD. RAHMAN, tetapi kenyataan perlu kita terima dan jika anda tidak mempercayai apa yang Kumbang sampaikan di atas.
Sila ringan-ringankan mulut untuk bertanya hal ini kepada ahli-ahli PKR dan DAP di Permatang Pasir.Tanyakan sahaja pada mereka, adakah PAS pernah melayan mereka dengan baik di Permatang Pasir?Jika Kumbang adalah ahli-ahli PKR dan DAP yang disisihkan kerana pengamalan 'sistem kroni' PAS di Permatang Pasir. Kumbang akan terus menjalankan boikot dan memenangkan calon BN di Permatang Pasir. Kerana apa? hasilnya tetap sama dan tiada apa-apa yang akan Kumbang dapat.
Tetapi jika Kumbang mengundi BN dan PAS kalah sekurang-kurangnya Kumbang akan dapat mengajar pimpinan-pimpinan PAS yang pernah lupa diri apabila berkuasa.Sudah-sudahlah menjadi orang bodoh ahli-ahli PKR dan DAP. Anda semua yang penat berkerja, orang lain mendapat hasilnya.Persoalannya sekarang, adakah ahli-ahli DAP dan PKR di Permatang Pasir berani?