Mahfuz ni sudah gila samakan DAP seperti tentera Islam dalam perang Badar !!

on Monday, August 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penulis menggeleng kepala dengan kenyataan murahan Makhfuz Omar, Pengerusi Pilihanraya PAS di Permatang Pasir.

Pas menyamakan kempen yang menyentuh peribadi calon lawan sebagai Badar al-Kubra pada zaman Rasulullah kerana peristiwa itu turut berlaku pada bulan Ramadan sama seperti Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ramadan adalah bulan mulia dan berkat yang mana Rasulullah dahulu menjadikan bulan ini sebagai medan menjelaskan perkara yang hak dan batil seperti dalam Badar al-Kubra.
- Utusan Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Perang Badar ialah pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Mac 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijrah. Pasukan kecil kaum Muslim yang berjumlah 313, orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1,000 orang.


Setelah bertempur habis-habisan, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy, yang kemudian tewas dan mundur dengan penuh malu.

Nah, cuba kita bandingkan di antara 'peperangan' yang dihadapi oleh PAS di Permatang Pasir dengan peperangan Badar yang diketuai oleh Rasulullah saw.

Pertama, calon PAS hanyalah orang biasa yang jauh lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan baginda. Dan jika calon PAS tersebut mengetuai satu bala tentera, tentera-tentera beliau pasti tidak yakin dengan beliau dan akan berlari tunggang-langgang apabila anak panah mula ditujukan kepada mereka disebabkan calon PAS tidak berwibawa dan kerap tewas di 'peperangan' (pilihanraya) besar di kawasan beliau sendiri di Tasek Gelugor!

Kedua, parti PAS 'berperang' di pilihanraya Permatang Pasir bersama sekutu karib mereka iaitu parti DAP yang terkenal dengan 'langkah mayatku dulu sebelum Islamkan negara ini'.

Makanya, 'tentera' parti PAS yang bersekongkol dengan parti DAP itu tidak boleh diberi perumpamaan seperti 313 orang mujahid yang bersama-sama Rasulullah s.a.w memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam!

Ayat Al-Quran yang turun sempena perang Badar itu juga memberikan spesifikasi yang tepat dan tidak sama langsung dengan dogengan Makhfuz Omar tersebut.

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)

Persoalan, apakah maksud firman Allah swt di atas boleh dikiaskan dengan 'perjuangan politik' parti PAS di Permatang Pasir?

Jawapannya senang iaitu tidak!

Parti PAS 'berperang' bersama-sama sekutu kuat mereka iaitu parti DAP. Dan pemimpin-pemimpin parti begitu jelas pernah memperlekehkan ideologi parti PAS yang kononnya mahu menajdikan negara ini sebagai negara Islam walau pun sebenarnya negara ini sudah pun bertunjangkan agama Islam.

Ketiga, jika kita berasional dan berfikir secara logik, ternyata bahawa Makhfuz Omar telah memperalatkan perang Badar untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti mengaibkan pihak lawan di bulan Ramadhan ini. Beliau hanya mengambil sebahagian kecil daripada pengajaran yang kita dapat daripada Perang Badar dan menolak yang selebihnya.

Penulis musykil, apakah parti PAS merupakan satu parti politik yang mengambil separuh atau sebahagian kecil dari pengajaran Islam dan tidak menggunapakai yang selebihnya kerana tidak menguntungkan parti tersebut?

Dan penulis tidak pasti bagaimana Makhfuz Omar begitu ringan mulut beliau untuk memperkatakan sesuatu yang tidak tepat dan salah kepada kita semua padahal beliau sepatutnya tahu tentang isi kandungan perang Badar itu.

Penulis berpendapat bahawa Makhfuz Omar membebel tentang Perang Badar kerana beranggapan kita semua dan penduduk Permatang Pasir begitu rendah ilmu pengetahuan kita dan mempercayai bulat-bulat dongengan beliau itu!

Apakah pemimpin dari parti PAS ini yang patut kita harapkan untuk menjadi keselesaan dan keharmonian kita terutamnya di Permatang Pasir.

Ya benar, jawapannya ialah tidak!

Seperkara lagi, Rasulullah saw telah bersabda:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Apakah mungkin sabda Rasulullah tersebut boleh diaplikasikan kepada perjuangan PAS di Permatang Pasir jika parti tersebut 'tidur sekatil' dan masih mahu berpeluk cium dengan pemimpin-pemimpin DAP seperti 'langkah mayatku dulu' Karpal Singh dan Lim Kiat Siang?


sumber : norvandri.blogspot.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.