Jawapan kepada fitnah Calon BN Rohaizat Othman

on Tuesday, August 18, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Aduan telah dibuat oleh hj che ani pengerusi koperasi pekebun getah pulau pinang kepada majlis peguam terhadap firma saif-ariff-t.jayaraj dan rohaizad.

perkara ini mengenai pembelian hartanah untuk koperasi dan ianya diuruskan oleh BEKAS RAKAN KONGSI rohaizad bernama yusri isahak. pembelian itu telah dibatalkan dan koperasi telah membuat aduan di majlis peguam.

rohaizad tidak terlibat dalam urusan jualbeli tersebut. semua urusan dilakukan oleh yusri isahak yang meliputi urusan akaun dan tandatangan surat jual beli. rakan kongsi rohaizat telah keluar dari firma ini pada tahun 2003.

oleh itu didalam aduan koperasi pekebun getah pulau pinang, rohaizad telah dinamakan. beliau menjadi mangsa keadaan untuk menyelamatkan firma dan rakan kongsi.

rohaizad tidak dapat memberi keterangan kepada lembaga tatatertib majlis peguam kerana beliau jatuh sakit pada hari tersebut dan beliau punyai surat cuti sakit yang sah. namun rohaizad tetap dijatuhkan hukuman oleh lembaga tatatertib majlis peguam dan namanya telah 'dikeluarkan' daripada senarai daftar peguambela/cara.

rohaizad telah menyelesaikan hal koperasi bagi pihak rakan kongsi yang telah keluar. pada tarikh 28/3/2008 koperasi telah menghantar surat kepada lembaga tatatertib majlis peguam dan telah menarik balik kesemua aduan terhadap rohaizad. kes ini masih lagi dalam proses rayuan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.