Berita tergempar.. pemilik rumah ini merupakan pegawai SPR Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam urusan data-data pemilih bagi urusan pilihanraya di Pulau Pinang .. Adakah ia masih kebetulan melalui pendedahan ke 3 ini yang mana sebuah rumah mempunyai sehingga 19 orang pengundi?
Setiap kali PRK/PRU.. pembangkang sering mengaitkan agensi ini adalah tali barut UMNO/BN..
Lupakah mereka yang Isteri kepada salah seorang pegawai tertinggi SPR Pulau Pinang kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang? Kenapa kali ini tiada bunyi-bunyi mengatakan UMNO menggunakan pengundi hantu?
N11 Permatang Pasir komited membongkar segala perancangan mereka di Permatang Pauh.. tunggu pendedahan berikutnya......
sumber : blog N11PermatangPasir
Komen PB
PB ingin mendedahkan lagi hint ini ialah lokasi rumah ini adalah di Kg Pelet di dalam Dun Prmtg Pasir. Pegawai SPR ini masih lagi bekerja dan yang empunya tuan rumah inilah merupakan suami kepada Ketua Dewan Muslimat Pas. Sekarang isterinya ini tengah mengetuai team merayu undi di kampung supaya menyokong Calon PAS Salleh Man . Selain itu, pegawai SPR sebenarnya juga pernah terlibat dalam satu kes petisyen oleh Dato Pirdaus Ismail semasa PRU11 dahulu kerana membawa peti undi pilihanraya balik rumah.
Betul la cakap KJ dalam ceramah Pentas Pemuda , ada hantu dalam SPR . Dahulu semasa PRK Prmtg Pauh , semua saluran di Peti Undi Kg Pelet terdiri daripada muka-muka orang PAS saja yang bekerja sebagai dari kerani sampailah ke Ketua Tempat Mengundi . Bila orang PAS masuk untuk mengundi dalam tempat mengundi siap boleh salam lagi dan tanya khabar dengan Ketua Tempat Mengundi kerana itu orang depa. Sebenarnya inilah penipuan Pakatan untuk menang pilihanraya di Prmtg Pauh !!
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
padan muka... tu la tuduh BN jer.. last2 terkena kat diri sendiri. dedahkan lagi!