Siapa individu bertuhankan komunis di BERSIH 3.0 dimaksudkan Tun Hanif Omar ?

on Wednesday, May 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Perhimpunan di ibu negara yang bertukar menjadi ganas Sabtu lepas boleh didalangi pelbagai pihak termasuk individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata niat golongan itu mahu menimbulkan kekacauan di dalam negara seperti yang pernah dirancang pada awal tahun 1970-an.

"Kita perlu berjaga-jaga dan tidak memandang remeh terhadap individu pro-komunis ini memandangkan tak tahu apa agenda mereka sekarang," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kumpulan berbahaya itu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut semata-mata untuk menimbulkan huru-hara dengan niat mengubah minda rakyat supaya membenci polis.

"Individu pro-komunis ini adalah individu sama yang pernah membuat kekacauan pada tahun  1970-an sewaktu saya menjadi Ketua Polis Negara dan saya mengenali individu terbabit.
"Penganjur perhimpunan sama ada sedar ataupun tidak, dipergunakan oleh golongan ini untuk mencapai cita-cita mereka," katanya selepas menghadiri Majlis penyampaian sumbangan untuk program Dekad Kecemerlangan Anak-Anak Polis (DAKAP) oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad di sini.

Hanif yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada Jun 1974 dan memegang jawatan itu selama dua dekad, berkata bilangan perancang utama bagi kumpulan prokomunis tersebut tidak begitu ramai.

"Mereka ini pakar baling batu, sorok tangan," katanya dan menambah golongan itu juga pernah memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan simpati daripada masyarakat sewaktu berdemonstrasi pada 1970-an.

Hanif berkata, peserta perhimpunan Sabtu lepas turut menghina mahkamah dengan melanggar perintah instusi itu yang menghalang sebarang aktiviti dan perhimpunan di Dataran Merdeka dan jalan sekitarnya sejak Sabtu hingga esok.

Mereka yang arif mengenai undang-undang sepatutnya pergi ke mahkamah dan memohon batalkan perintah itu, bukan melanggarnya, kata Hanif.      

Beliau turut menafikan dakwaaan sesetengah pihak bahawa segala provokasi yang disaksikan semasa perhimpunan itu berpunca daripada tindakan polis serta mahu pihak yang berkenaan menjelaskan secara terperinci tuntutan mereka menerusi media agar rakyat sendiri dapat menilai.  - Bernama







Komen GPB


GPB menyokong 100 % kenyataan bekas KPN ini mengenai pengaruh komunis meresapi   dalam BERSIH 3.0 . Rusuhan dan keganasan   memang sinonim dengan  kerja komunis sejak dulu lagi . 


Cuma siapakah individu yang dikenali beliau sebagai perancang  bertuhankan  komunis  dulu dan kini  termasuk terlibat dalang di BERSIH 3.0 ?  Seperti yang kita tahu komunis memang bencik polis . 


 Adakah kehadiran ramai kaum Cina kali ini di BERSIH menandakan kaum ini sudah ramai yang  dihasut untuk membenci polis ?? 








Dulu dan kini .......mungkin kan bapak rasis DAP  ini yang  dimaksudkan > 






2 Responses

  1. Anonymous says:

    Itulah orangnya yang menghasut hingga terjadinya peristiwa hitam 13 Mei.

  2. Anonymous says:

    Hishamudin Rais?...serikandi mala

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.