Beza Kerajaan BN & DAP bela peniaga & penjaja kecil @NajibRazak

on Monday, May 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam di Dataran Merdeka , dia depan ribuan penjaja &  peniaga kecil  Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil iaitu

1 )  menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun. Kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.

2)  Bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini.

3)  Bagi menjaga kebajikan peniaga dan penjaja kecil   sewajarnya, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.




“Ini pemberian istimewa untuk golongan terbabit yang dianggarkan berjumlah lebih satu juta orang daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).


“Salah satu rungutan peniaga adalah soal pendaftaran perniagaan. Namun, ia (pendaftaran) adalah proses yang memberi keuntungan kepada peniaga dan penjaja kecil. Jika ada data lengkap, kita mampu memberikan bantuan sewajarnya.


“Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka tidak ada skim perlindungan dan ia membebankan. Maka kita kena fikirkan skim perlindungan," katanya. DS Najib Tun Razak 

Ia berbeza sekali dengan regim DAP di P.Pinang yang jelas menggunakan kuasa diktator mereka menindas peniaga dan penjaja kecil di negeri ini terutama orang Melayu .

Ini lah padahnya bila kuasa diberikan kepada   DAP & Pakatan Rakyat memerintah .




 penjaja kecil di Queensbay 


 penjaja kecil di Bertam  

 kedai motor milik anak muda Jelutong 


gerai peniaga Melayu Taman Pelangi 



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.