DAP mula guna senjata lidah biawak ,salahkan Tunku Aziz pulak !

on Saturday, May 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Sudah dijangka , selepas dikecam hebat pelbagai pihak mengenai tawaran rasuah RM50 ribu & jawatan di agensi kerajaan negeri  ..parti korup DAP ini cuba memutar belitkan cerita sebenar pulak dengan mendakwa Tunku Abd Aziz tak berminat pulak  menyambung Senator Dewan Negara .

Ia bukan soal sambung khidmat Senator atau tidak ,  tetapi tawaran RM 50 ribu & jawatan di Penang Institue yang cuba disogokan bagi menyelesaikan masalah dalam parti mereka . Guna pulak agensi di bawah kerajaan negeri yang mana sudah tentu menggunakan wang rakyat .






 DAP terus menyalahkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan mendakwa bekas Naib Pengerusi parti itu sendiri tidak berminat untuk menyambung tempoh Senator Dewan Negara yang disandang beliau.
Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, keputusan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz itu bukan kehendak kerajaan negeri Pulau Pinang.


Bagaimanapun beliau menjelaskan, apa yang dinyatakan itu hanya mengulangi kenyataan setiausaha politiknya, Zairil Khir Johari.


"Tunku Abdul Aziz yang tidak berminat untuk menyambung jawatan tersebut, mengapa kini timbul soal cubaan merasuah beliau bagi terus mengekalkan beliau dalam parti?


"Sekiranya kami sendiri bertindak 'merampas' jawatan senatornya dan mencalonkan nama orang lain serta menawarkan jawatan lain, barulah ia boleh dipanggil rasuah. Dalam soal ini, Tunku Abdul Aziz sendiri dengan rela hati tidak mahu lagi menyandang jawatan tersebut untuk penggal baru," katanya.UTUSAN
...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.