Ketua AMK Sik hasut nak bunuh polis ditahan

on Wednesday, May 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sik, Kedah, Ngah Habib Mahyudin, 30, susulan kenyataannya pada satu ceramah yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

 Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharudin Mustapha berkata pemimpin politik itu didakwa menyebut “mahu membunuh semua anggota polis yang mengambil tindakan ke atas peserta pada perhimpunan Bersih 3.0 lepas" dalam satu ceramah di Bukit Mertajam, di sini minggu lepas. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita di sini.

 Ngah Habib yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT pada pukul 1.45 petang bersama bapa dan beberapa rakannya sebelum meninggalkan IPD itu sejam kemudian. - BERNAMA




Komen GPB 

Rupanya budak Chegubard punya  yang nak bunuh semua polis ini... memang patut pun bekas tentera dan SAM1M menahan mereka semasa nak ke Bukit Aman serah memorandum ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.