Sebentar tadi pasukan The Red Warrior Kelantan baru sahaja dinobatkan Juara Piala FA 2012 yang baru selepas menewaskan pasukan kerdil Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil . Tahniah !
GPB bersama-sama kawan -kawan di kedai mamak menonton tadi game berkenaan . Ramai kawan-kawan yang menonton tadi menyatakan game final malam ini tak hebat mana pun walaupun pasukan gergasi Kelantan yang beraksi . Ingat ke boleh gol 2 ke 3 biji malam ini sebab lawan pun dengan pasukan kerdil , rupanya hampeh menurut mereka ...
Gol kemenangan pulak dijaringkan penalti je , itu pun atas belas ehsan pengadil . Malah ada yang kata tak sewajarnya diberikan sepakan penalti pun .
Walau apapun kata -kata peminat bola sepak , ini lah bola sepak . GPB hanya boleh kata anak-anak buah Bojan Hodak menang nasib je malam ini . Permainan mereka tak seperti ini dalam Liga Super dan serangan-serangan mereka ke kubu lawan banyak tak menjadi . Mungkin ramai peminat TRW akan marah dengan pandangan tapi anda overall kepada yang tengok akan berkata seperti itu .
Akhir sekali ..tahniah kepada Kelantan dan untuk TS Anuar Musa ..anda memang sempoi malam ini !
ade baiknyer jugak TRW menang kalau x ade pulak yang panjat pagar and bakar kerete kat luar stadium tue karang, bukan tak masak dengan perangai penyokong kelantan nie, kurang adabnya(setaraf penyokong sepakbola indonesia)
erm...ayat bro tue x betul...kurang adabnye...mcm mane dengan penyokong selangor/negeri sembilan/sarawak tue...sebab terlebih adablah mereke provoke kat stadium...:)
anyway..tahniah kelantan..anggaglah ini imbuhan kerana 3 kali mencuba sblm ni..
ATM " Aku Tak Menang "