Rafizi tentu panas kenyataan Gabenor Bank Negara ini !

on Friday, May 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Bank Negara Malaysia (BNM) akan hanya memberikan maklumat kewangan individu kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat dakwaan berlakunya salah laku atau berunsur jenayah. Gabenor BNM, Tan sri Zeti Akhtar Aziz berkata, pihak berkuasa boleh mendapatkan maklumat untuk tujuan penyiasatan bagi kesalahan yang didakwa dilakukan individu.

 ‘‘Ia adalah bagi memastikan setiap maklumat pelanggan hanya boleh didedahkan di bawah permintaan undang-undang dan tidak akan disalahgunakan.

 ‘‘Maklumat pelanggan adalah sulit dan dilindungi di bawah undang-undang iaitu Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

 ‘‘Oleh itu menjadi satu kesalahan besar bagi setiap pegawai bank untuk mendedahkan maklumat berkaitan akaun pelanggan kepada pihak ketiga,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebuah institusi kewangan yang didakwa mendedahkan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga. Zeti berkata, bank-bank perlu meletakkan kawalan ketat dan proses efektif dalam memastikan maklumat sulit tidak didedahkan.

 ‘‘Undang-undang secara jelas telah menyatakan keadaan apa yang memerlukan pihak bank memberikan kerjasama dalam mendedahkan maklumat pelanggan. ‘‘Ini termasuk dalam membantu siasatan dalam undang-undang atau pelanggan sendiri memberikan kebenaran bertulis untuk pihak bank memberikan maklumat mereka kepada pihak ketiga,’’ jelasnya.

Komen GPB 

Pegawai Bank Public Bank yang bocorkan maklumat pelanggan tentu confirm kena ...cuma jangan lupa heret pihak ketiga iaitu dalangnya iaitu Rafizi Ramli !


One Response

  1. ini kerajaan BN...kalau nk dedahkan pihak yang menyeleweng dikenakan syarat...tapi kalau rakyat bankrap masuk dalam surat kabar..mana adil macam ni

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.