Orang kuat Azmin rempuh dataran merdeka didakwa

on Thursday, May 3, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

– Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R. Tangam, individu yang berada di sebelah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Tangam merupakan individu pertama yang membuka sekatan polis di Jalan Raja untuk membolehkan para peserta memasuki Dataran Merdeka.

“Bukti yang ada menunjukkan dia mengingkari perintah majistret yang dibuat mengikut Seksyen 98 Kanun Aturcara Jenayah, yang dikeluarkan pada 26 April,” kata kenyataan dari Jabatan Peguam Negara seperti dilaporkan Bernama.

Mahkamah Majisteret mengeluarkan perintah menghalang penganjur perhimpunan itu dan orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka mulai tengah malam Jumaat hingga 1 Mei.

Tangam, 50, seorang bekas tentera juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama “Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.

Aktivis PKR itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pihak polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

“Kesemua gambar 49 orang itu kita siarkan melalui pihak media,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Mohmad berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan merosakkan harta benda awam.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.