Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana. Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka. "Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno. "Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa? "Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam.